Ujibakat Raja Lawak Astro Di Pulau Pinang Terima Sambutan Hebat

Ujibakat Raja Lawak Astro Di Pulau Pinang Terima Sambutan Hebat

Dikemaskini oleh M pada October 27th, 2009
General 20 Respon

Kuala Lumpur, 27 Oktober 2009 – Selepas menobatkan Kumpulan Sepah sebagai juara Raja Lawak pada musim ketiga, Astro meneruskan lagi inisiatifnya bagi mencari pelapis dalam bidang komedi menerusi satu-satunya pertandingan realiti untuk mencari bakat lawak di Malaysia, Raja Lawak Astro yang kini memasuki musim keempat.

Sesi ujibakat telah memulakan penjelajahannya di dua buah negeri iaitu Johor Bahru pada 17 & 18 Oktober (Plaza Kotaraya) dan Pulau Pinang pada 24 & 25 Oktober (Kompleks Bukit Jambul) berturut-turut sejak dua minggu yang lalu (Sabtu & Ahad) bermula jam 10 pagi hingga 6 petang ternyata berjaya menarik perhatian penduduk negeri selatan tanahair dan pulau mutiara itu untuk datang beramai-ramai menyertai uji bakat tersebut. Di Johor Bahru, seramai lebih 250 peserta telah hadir untuk menunjukkan bakat terpendam masing-masing manakala di Pulau Pinang pula berjaya menarik lebih 260 peserta.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Encik Nizam Sani, ”Kami berasa gembira dan teruja dengan sambutan yang diberikan sepanjang berlangsungnya penjelajahan sesi uji bakat setakat ini. Ini merupakan satu permulaan yang positif dan kami tidak sabar-sabar untuk terus menyambung penjelajahan kami untuk terus mencungkil bakat-bakat komedi demi mencari pelapis pelawak untuk persada seni tanahair di lokasi-lokasi yang seterusnya.

Kami percaya program Raja Lawak Astro untuk musim keempat ini juga mampu mengulangi kejayaan musim lalu yang berjaya mencatatkan jumlah rating yang tinggi pada setiap minggu dan pada episod akhir sahaja, ia berjaya mengumpul sebanyak 1.28 juta penonton. Angka-angka ini merupakan penyuntik semangat untuk kami terus berusaha memperbaiki dan memperhalusi pengisian untuk musim baru ini bagi memastikan para peminat mendapat pengalaman ’komedi’ yang terbaik. Ini adalah hadiah untuk mereka di atas segala sokongan yang diberikan sejak program Raja Lawak Astro diperkenalkan sejak tiga tahun lalu.”

Bagi orang ramai yang telah terlepas peluang untuk menghadiri sesi ujibakat di kedua buah lokasi ini, sesi ujibakat Raja Lawak Musim 4 akan meneruskan penjelajahannya ke lokasi-lokasi berikut:

Tarikh

Lokasi

Negeri

31 Oktober 2009 &

1 November 2009

Megamall, Kuantan Pahang
7 & 8 November 2009 Plaza Alam Sentral, Shah Alam Selangor
14 & 15 November 2009 One Borneo, Kota Kinabalu Sabah

Pada musim ini, program realiti bakat lawak popular ini bertuah apabila mendapat kerjasama tiga pelawak serba boleh untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu. Beliau yang dimaksudkan ialah penulis, pengarah, pelakon, penyanyi, penerbit filem dan hos tv serba boleh, Afdlin Shauki; penyampai radio dan pelawak terkenal; Din Beramboi serta pelawak dan pengacara tv yang dikenali ramai; Bob Lokman.

Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim keempat) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi. Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.

Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

Pemenang tempat kedua dan ketiga; Raja Lawak Astro (musim pertama) – Johan dan Zizan sekali lagi akan menggalas tugas bagi mengacarakan program ini tiga tahun berturut-turut dan memperlihatkan cabaran kesemua peserta dalam merebut gelaran Raja Lawak Astro.

Radio SINAR FM telah dilantik sebagai radio rasmi Raja Lawak Astro dan informasi mengenai Raja Lawak Astro (keempat) boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi di www.astro.com.my/rajalawak4 dan dengan menekan butang merah ”R” yang terdapat di alat kawalan jauh Astro. Selain itu, program realiti bakat lawak ini juga mendapat sokongan padu daripada www.murai.com.my selaku portal rasmi yang akan mengemaskini perkembangan semasa.

Raja Lawak (musim keempat) akan mula menemui para penonton pada 26 Disember 2009, jam 8.30 malam di Astro Prima.

Blog Widget by LinkWithin

20 Respon

Respon dari Pembaca OHBULAN!

  1. i’m the 3rd…

    tak nak lar… malas nak jadi pelawak..nanti org ketawakan kita..LOL.

    Respon kepada elyananinuo
    • dah nama nyer pown pelawak..mesti la org gelak kat kita…tp kalo wat lawak bodoh bangang tu xtau nak kata la…org gelak bukan psl kita lawak, tp pasal kebodohan kita..bkn pelawak kat mesia ni byk cenggitu kew??…wat lawak bodo tahap babun ntah pape…

      Respon kepada fifa
  2. pelawak susah dpt job..

    Respon kepada lalalalala
  3. kalau tgk pon sbb nk tgk zizan n johan..hahak~

    Respon kepada aiensOo
  4. apa pekdahnya rancangan ni?? coba bagi 2 belas ribu alasan yang munasabah. kalo siapa dapat bagi, saya belanja cendol.

    Respon kepada funaki
  5. gilo doh, ramai bedok’oh ore nk jadik pok lawok

    Respon kepada budok kelate
  6. Hidup raja lawak…nanti kan sepupu di phg nanti

    Respon kepada budak phg
  7. sy mmg mminati raja lawak ni…krana rancangan ini menghibur kan..
    hari sabtu ni 7hrbln..sy mencuba nasib uji bakat di shah alam..
    doa kn sy berjaya….

    Respon kepada adam
  8. sy salah seorang yang menjalani ujubakat raja lawak untuk tahun ni. tp agak kecewa dengan sikap juri profesional. mungkin mereka terlalu bagus sehinggakan tak endah lansung setiap peserta yang sedang mengujibakat. sy hairan, macamana untuk menilai seseorang kalau tak tumpu pada setiap peserta. ataupun juri mau mencari calon yang raja lawak jenis yang kurang ajar seperti juri itu sendiri ketika beliau berlawak? bukan bermaksud sy protes sebab sy gagal dalam proses ujibakat. sy akui sy tak bagus berlawak. tapi dapat sy lihat ramai peserta yang bagus dengan permainan memek muka. tp nampaknya permainan memek muka yang kelakar, tak akan ada point di telinga juri.

    Respon kepada kudut
  9. dkt Sarawak takde pun..igt borneo ni kecik macam Semenanjung ke?dari Kuching ke KK berapa jauh?

    Respon kepada arthur daniel

Beri Respon Anda

Sertakan nama, email dan url ada jika ada!

Arkib

Anda sedang membaca entri Ujibakat Raja Lawak Astro Di Pulau Pinang Terima Sambutan Hebat.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • c0ldblod: jgn dok selak kain orang…kain sendiri terselak.. hmm…yang komen pandai sangat ker? beriye2...
  • Fatina Aziz: tak baik cakap macam tu ya. setiap org ada rezeki masing2… tidak rugi jika kita doakan semoga siti...
  • Fatina Aziz: diharapkan Siti terus bersabar dan terus berusaha untuk hamil. jangan give up ya Siti.. saya pasti...
  • fauziah: ko ni mmg x sdr diry btollah..TIZZZZ ZAKYAH ..KO 2 DAHLAH bsuk haty ado haty nok ko owng...
  • lost guy: Apape pun..mntk maaf kepada mawi atas nasihat ni. Jgn pergunakan agama untuk tujuan duniawi, Sebaliknya...
  • lost guy: Memang benar tak sempurna iman sehingga mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Tapi dah...
  • Mama Murai: *Ralat* bukan MR M tapi —–> MR N tak payah duk promote web hg tue….. cari pelanggan...
  • Mama Murai: Kesian M.. sabar jer lah M… nampak sangat ada yang just mengambil kesempatan kata you tue best.....
  • hohoho: endon memang kepale nenek dia yg peliknyer mcm mana dia bley tau kita pyer citer and lagu padahal kite x jual...
  • aku: btl la mea..ak pn nek png nga dorg nih..duk nk mngata org jer..diri sndri xsdr..bwk2 la muhasabah diri..kurg org...
Improve the web with Nofollow Reciprocity.