berita

UNGU Bakal Terbang Lagi Ke Malaysia

January 8th, 2014 | by Noraniza | 1 comments
Kini Trending

UNGU Bakal Terbang Lagi Ke Malaysia

Siapa yang tidak pernah mendengar lagu yang dinyanyikan oleh UNGU? Antara lagu yang pernah menjadi fenomena termasuklah lagu berjudul ‘Tercipta Untukku’ dan ‘Andai Kutahu’.

Terbaru, pada tanggal 28 Februari depan, Ungu sekali lagi akan terbang ke Malaysia bagi menghiburkan peminat mereka di konsert ‘UNGU LIVE Di Malaysia 2014′.

Ungu yang dianggotai oleh 5 orang anak muda iaitu Pasha, Makki, Oncy, Rowman, dan Enda ini pernah membuat persembahan sebanyak 3 kali di sini sebelum ini.

UNGU Bakal Terbang Lagi Ke Malaysia

Pihak penganjur dan penaja sempat mengambil gambar sejurus tamat sidang media

Konsert yang akan diadakan di Star Stage, Kenanga Wholesale City (KWC) Kuala Lumpur ini dijangka akan menarik lebih 9000 orang peminat setia band tersebut.

Sebagai langkah promosi, penganjur akan memberi 15% diskaun kepada individu yang membeli tiket dari tarikh 9 hingga 16 Januari. Selain itu, 25 orang peminat bertuah juga akan dipilih untuk sesi beramah mesra mereka pada hari berlangsungnya konsert berkenaan.

Bagi mereka yang ingin melihat persembahan band ini secara langsung, anda boleh mendapatkan tiket secara online di www.ticketcharge.com.my dengan harga RM98, RM138, RM188 dan RM238. Sebelum itu, apa kata kita mulakan hari ini dengan salah satu lagu popular daripada band ini.

One Comment

  1. hamba says:

    Asyik artis sne dtg sni je.. Ble lak artis sni yg nk g sne buat konsert besar?

    (0)