berita

United Airlines Buat Hal Lagi, Giliran Bakal Pengantin Baru Pula ‘Ditendang’ Keluar Pesawat

April 17th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2017-04-17 at 2.07.26 PM

Beberapa minggu lalu syarikat penerbangan United Airlines jadi liputan media seluruh dunia dengan tindakan mengeluarkan salah seorang penumpang pesawat itu. Belum pun reda dengan kes tersebut, satu lagi insiden dilaporkan telah terjadi pada satu pasangan ini.

Mereka ingin berkahwin pada Khamis ni tetapi entah mengapa mereka diarah keluar dari pesawat. Kenapa jadi sampai macam tu? Apa salah mereka? Persoalan itu masih tidak terjawab dari pihak United Airlines sendiri. Haihh..

Naik pesawat, ada orang tidur di tempat duduk

Screen Shot 2017-04-17 at 2.09.44 PM

Sekadar gambar hiasan

Menurut laporan Portal NBC, Michael Holh dan tunangnya, Amber Maxwell yang dalam perjalanan ke Costa Rica dari Amerika Syarikat berhadapan situasi mengelirukan apabila diarah turun dari pesawat United Airlines pada Sabtu lalu. Mereka akan mengadakan majlis perkahwinan pada Khamis ni.

Menceritakan tentang insiden tersebut, Holh memberitahu mereka merupakan penumpang terakhir yang menaiki pesawat di George Bush International Airport. Tapi bila menaiki pesawat, pasangan itu mendapati seorang lelaki sedang tidur di tempat duduk mereka.

Pasangan itu enggan membangunkan lelaki itu dan ambil keputusan untuk duduk di tempat bersebelahan kerana menyangka pesawat tidak penuh. Tidak lama selepas itu, mereka didekati seorang krew penerbangan yang bertanyakan jika mereka duduk di tempat yang betul.

Kami fikir ia bukan masalah kerana pesawat tidak penuh.

Tak faham, ralat

Kemudian pasangan itu menjelaskan situasi sebenar dan bertanya jika mereka boleh mendapatkan upgrade. Namun permintaan itu ditolak krew berkenaan dan mengarah mereka kembali ke tempat duduk yang sudah ditempah. Tak lama selepas itu, seorang pengawal keselamatan datang dan meminta mereka turun dari pesawat.

Kami turun dari pesawat itu tanpa membuat kecoh, tapi kami tidak faham apa masalah sehingga kami diminta turun.

Berhubung insiden itu, United Airlines keluarkan kenyataan kepada media memaklumkan tindakan itu diambil kerana pasangan itu berkeras mahukan upgrade dan enggan kembalik ke tempat duduk asal mereka. Walaubagaimana pun, syarikat penerbangan itu dilaporkan telah membantu pasangan itu membuat tempahan penerbangan pada hari Ahad.

Menurut Holh pula, dia dan tunangnya tidak akan terbang bersama United Airlines lagi selepas ini dan menyifatkan pengalaman yang dilaluinya sangat pelik.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×