berita

Zahiril Adzim Tak Hormati Tokoh Negara?

September 2nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

7izahiriladzimto00

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke-56 yang baru berlangsung dua hari lepas, ramai rakyat Malaysia telah menyambutnya dengan cara tersendiri termasuk para selebriti tempatan.

Zahiril Adzim juga tidak terkecuali meraikan kemerdekaan negara kita dengan berkongsi foto di Instagram selepas menerima sekeping papan luncur yang direka khas untuknya.

Apa yang membuatkan papan luncur ini berbeza adalah kerana perekanya melukis wajah Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman di atas papan luncur tersebut.

Screen Shot 2013-09-01 at 22.10.36

Sekali pandang pasti ada yang beranggapan Zahiril tidak menghormati tokoh negara berkenaan kerana papan luncur lazimnya akan dipijak untuk bermain.

SC20130901-221806

Namun, Zahiril pantas menjernihkan keadaan dengan menjelaskan bahawa ianya adalah sekadar simpanan koleksi dan bukan diletakkan di bawah kaki seperti papan luncur yang lain.

Dalam masa yang sama, Zahiril turut melahirkan rasa kesal kerana pengikut-pengikut di Instagram tetap mengkritik tindakannya walaupun sudah dijelaskan beberapa kali.

Screen Shot 2013-09-01 at 22.11.10

Biasalah, rakyat Malaysia kadang-kadang terlebih prihatin dengan keadaan semasa. Jadi, para selebriti pun kenalah bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan teguran. Betul tak?

SKIP THIS AD ×