berita

VERSUS Tawan Media Sosial Dengan Lebih 0.5 Bilion ‘Impressions’

June 6th, 2012 | by M
Kini Trending

Versus yang menobatkan band Hujan sebagai juara pada hari Jumaat lalu telah berjaya menawan laman media sosial dengan 517 juta impressions, 9 juta reach, 49,000 tweets oleh 10,600 contributors melalui hashtag #Versusmy sejak ia disiarkan di TV9 pada 13 April 2012 sehingga 2 Jun 2012. Paling membanggakan, konsert Konfrontasi Terakhir, Versus berjaya merangkul takhta trending nombor 1 di Malaysia!

Pada Konfrontasi Terakhir Versus, Space U8 Shah Alam telah digegarkan dengan kehadiran lebih 3,500 orang yang sudah mula membanjiri pusat membeli belah itu seawal 6.00 petang lagi. Walaupun konsert itu berakhir selewat 1.30 pagi namun peminat yang hadir teguh memberi sokongan untuk melihat kreativiti tanpa batasan yang dipersembahkan oleh 6ixth Sense, Black & Parallax, Go Gerila! Hujan dan Sofazr. Ini membuktikan bahawa konsep Versus dalam percubaan pertama untuk melahirkan pemuzik yang lebih berinovatif telah mendapat penerimaan positif daripada orang ramai.

Hadir dengan pakej lengkap penuh keunikan, Hujan berjaya mendominasi konsert final dengan pelbagai elemen kejutan yang menambah rencah persembahan mereka sekaligus merangkul gelaran band paling kreatif di pentas Versus. Memperoleh undian sebanyak 50.4% kedudukan Hujan hanya dibezakan dengan peratusan undian sebanyak 0.8% di hadapan Go Gerila!. Walaupun Go Gerila! dinobatkan di tangga kedua, mereka merasakan bahawa mereka juga adalah juara. Ini kerana walaupun masih baru dan tidak dikenali di arena ini, Go Gerila! telah berjaya membuktikan bakat dan kreativiti mereka yang tinggi dan harus dipuji.

Kejayaan ini sekaligus membuktikan rakyat Malaysia merupakan pengguna laman sosial yang aktif dan ingin kekal relevan dengan kandungan hiburan serta berita yang terkini.

Syabas OHBULAN ucapkan kepada pasukan Versus!

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×