berita

[VIDEO] 11 Iklan Raya Aidilfitri 2017 Yang Paling Best, Menarik & Last Sekali itu..Menitik Air Mata!

June 21st, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Bila tiba musim raya, memang akan banyaklah video video raya yang akan muncul. Kebiasaannya, mana-mana syarikat akan ada video raya mereka tersendiri. Sama ada sedih atau kelakar, yang penting semua membawa mesej yag sama sempena Aidilfiti

Jadi tahun ni agak agak video raya mana yang menjadi tempat di hati rakyat Malaysia. Sejujurnya, tahun ini merupakan tahun yang banyak video raya yang best. Yang mana pilihan korang?

1. Dugaan raya Aida

Dugaan Raya Aida

Harapan yang bertukar dugaan, memberi keceriaan sempena lebaran. Apakah ia? Saksikan… #DugaanRaya Aida.

Posted by TNB Careline on Tuesday, 13 June 2017

Kisah seorang gadis bernama Aida yang ingin pulang beraya, namun pelbagai dugaan dihadapinya. Video ini hampir 9 juta tontonan boleh dikatakan paling terbaik. Pelbagai emosi dapat dilihat dari video ini. Sedih, gembira teruja semua ada. Terbaik!

2. Wayang Sayang

Iklan Raya Maxis 2017. Wayang Sayang. Lakonan Beto Kusyairi ni memang best.Sedih pulak ending dia. Kisah pasangan suami isteri yang bakal bercerai tapi tak jadi sebab….. korang kena tengok sampai abis.

Posted by Metafora Anafora on Saturday, 17 June 2017

Wayang Sayang merupakan iklan Raya Maxis 2017. Dilakonan oleh Beto Kusyairi, iklan ini berjaya menarik hampir 1.2 juta penonton. Sedih pulak ending dia. Kisah pasangan suami isteri yang bakal bercerai tapi tak jadi disebabkan oleh..Haa korang kena tengok sendiri okay!

3. Pengorbanan Ayah

Filem Pendek Hari Raya 2017 – #PengorbananAyah

Peristiwa yang tak dapat dilupakan Hafiz & Faiz…Ayah mereka berkorban demi menyelesaikan pertelingkahanmereka. Saksikan filem pendek Raya HyppInspirasi HD #PengorbananAyah#hyppinspirasi #tambahlagi #hypptv

Posted by HyppInspirasi HD on Friday, 16 June 2017

Peristiwa yang tak dapat dilupakan Hafiz & Faiz. Lakonan Azlee Senario sebagai seorang ayah yang sanggup berkorban menyelesaikan pertelingkahan. Ending dia kelakar giler!

4. Tebus Rasa

Tebus Rasa

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, PDRM Perak dengan hasil cetusan dan idea Ketua Polis Perak, Yang Di Hormati CP Dato' Pahlawan Hasnan bin Hassan, PDRM Perak telah menghasilkan sebuah filem pendek yang bertajuk "Tebus Rasa". Kisah mengenai warga Sang Saka Biru yang sanggup melupakan hasrat untuk bercuti menyambut perayaan di kampung kerana ada tanggungjawab yang lebih besar iaitu menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan filem pendek ini dan diharap masyarakat dapat menjadikan nasihat dan panduan yang disampaikan oleh Ketua Polis Perak dalam filem pendek ini. Sekalung penghargaan kepada :#tebusrasa#susahsangatkejadipolis#stradaartproduction#gvs_film#pandatechstudiomalaysia#pedelperak#JKKNPerak#JabatanBombadanPenyelamatMalaysia#JPAM#delta9generation_salute_PDRM#hanabella

Posted by Polisperak on Friday, 16 June 2017

Kisah mengenai warga Sang Saka Biru yang sanggup melupakan hasrat untuk bercuti menyambut perayaan di kampung kerana ada tanggungjawab yang lebih besar iaitu menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat. Video ini hasil cetusan dan idea Ketua Polis Perak, Yang Di Hormati CP Dato’ Pahlawan Hasnan bin Hassan.

5. Joget Abah

Ya Allah besar sungguh pengorbanan ayah… Demi anak dan isteri sanggup pakai baju raya lama. Aduh sedihnya. Tapi anak bila dah besar? Hmm

6. Suasana Hari Raya

Iklan Raya RHB 2017 – Apa ditunggu-tunggu setiap kali Raya?

Pengertian Hari Raya untuk setiap individu mungkin berbeza-beza. Tetapi apa yang pasti, kemeriahan yang dinanti setiap tahun adalah beraya bersama-sama famili. Selamat Hari Raya daripada kami di Kumpulan Perbankan RHB.

Posted by RHB Group on Saturday, 17 June 2017

Iklan Raya RHB 2017. Apa yang ditunggu2 bila tiba raya?? Tak sabar nak tunggu suasana macam ni kan?? Meriahnya beraya di desa.

7. Terokai Dunia, Pengalaman Lebih Bermakna

Iklan Raya Malaysia Airlines 2017 | #RayaAroundTheWorld

Walau di mana kita berada, semangat Aidilfitri tetap sama. Tradisi dan adat mungkin berbeza, yang penting kita beraya bersama. Nak tahu bagaimana Aidilfitri di sambut di seluruh dunia? Kunjungi bit.ly/_RayaAroundTheWorld untuk pengalaman interaktif Aidilfitri. #MalaysiaAirlines #RayaAroundTheWorld #Raya2017

Posted by Malaysia Airlines on Tuesday, 20 June 2017

Iklan dari Malaysia Airlines ini lain daripada yang lain kerana memaparkan nilai-nilai kemanusiaan dan keamanan sejagat di seluruh dunia. Melalui video ini kita dapat lihat bagaimana negara lain menyambut hari raya. Yang penting sekali, tak kira dimana pun aidilfitri dirai dengan penuh meriah. Thumbs up!

8. Maafkan Kami

Nostalgia gila lagu dari P. Ramlee berjudul ‘Maafkan Kami’ dikembalikan menerusi video raya kali ini. Kyoto Protocol berjaya menyampaikan lagu ini dalam nada santai. Yang penting, lirik tu memang kreatif.

9. Mak Kata – Celcom

Video dari Celcom memaparkan kisah 3 adik beradik yang terjumpa surat yang mengandungi resepi emak mereka. Agak agak dapat tak dorang buat masakan yang sama rasa macam air tangan emak dia tu? Tengok lah sendiri..

10. Digi – Kasih Sayang Duit Raya Terbaik

Iklan dari Digi ini menyentuh hadiah yang berharga adalah kasih sayang. Jangan risau kalau tiada apa nak kasi untuk ibu bapa. Tiada apa yang lebih berharga selain kasih sayang.

11. Ikhlas

Ikhlas

Kehilangan orang yang disayangi adalah amat memilukan. Adakah masih wujud hati yang ikhlas untuk meringankan beban anak-anak ini? #Ikhlas #50TahunPelaburanMARA

Posted by Pelaburan MARA Berhad on Sunday, 18 June 2017

Kehilangan orang yang disayangi adalah amat memilukan. Adakah masih wujud hati yang ikhlas untuk meringankan beban anak-anak ini? Video daripada Pelaburan Mara Berhad ni paling sedih setakat ini. Memang sebak weh!

So mana satu pilihan video korang? Best kan semua..

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×