berita

Video 10 Perangai ‘Budak Baru Nak Up’ Hisap Vape Di Malaysia

August 28th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

Vaper

Kalau kita dah perhatikan trend menghisap vape ni memang dah berleluasa di Malaysia, kalau kita lepak kat mana-mana sahaja mesti kita akan terjumpa budak-budak hisap vape ni berbanding dengan rokok analog.

Ramai yang telah beralih daripada rokok analog kepada rokok elektronik dengan bertujuan untuk berhenti merokok. Namun, ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa vape ini tidak bagus dan boleh memudaratkan kesihatan individu yang menghisap vape tersebut.

Tetapi, masih belum ada kesahihan mengenai isu tersebut. Hmm, tapi kami bukan nak sentuh pasal isu itu, disini kami mahu kongsikan ragam dan perangai ‘budak baru nak up’ yang baru nak berjinak-jinak hisap vape ini.

1. Anti Social Vapers

Typical_Malaysian_Vapers

Rasanya mod vaping ini boleh dah dianggap sebagai ‘gadget’ kita. Selalu kita tengok orang khusyuk dengan smartphone masing-masing.

Tapi, semenjak trend vaping makin meningkat diaorang lebih khusyuk main ‘awan nano’ tu.

2. Queen Of Selfie

Typical_Malaysian_Vapers (1)

Selain itu, sebelum trend selfie sambil buat muka ‘duckface’ tapi sekarang dah jadi trend selfie sambil hembus ‘awan nano’ tu #vapeon.

3. True Malaysian Vaper

Typical_Malaysian_Vapers (2)

Perangai minta diskaun sana sini tu dibawa sampai ke kedai vapor. , Haha!

4. Full Time Vaper

Typical_Malaysian_Vapers (3)

24 jam asyik-asyik hembus ‘awan nano’ tu, tak kira masa, tak kira tempat. Haaa, tu lah sampai orang bash vaper sebab dalam indoor pun nak hisap.

5. Brewer Wanabe

Typical_Malaysian_Vapers (4)

Yang ni lawak! baru je setahun jagung vaping dah berangan macam otai. Cita-cita tinggi, tapi “hangat-hangat tahi ayam” je. Sama macam #6 ni.

6. Mr Bimbo

Typical_Malaysian_Vapers (5)

Dah tak tahu menahu pasal vape, cerita nak gebang. Rupa-rupanya kawan korang tu lagi expert, kan dah malu.

7. Epic Failed Trick

Typical_Malaysian_Vapers (6)

Dek kerana excited sangat baru beli vape, terus berangan nak jadi professional. Tengok ikut Youtube lettew!

8. ‘Munafik’ Vaper

Typical_Malaysian_Vapers (7)

Kata vape bahaya, tapi sambil hisap syisya. Vape dengan syisya mana lagi bahaya sebenarnya? Hihi!

9. O Ring Weirdo

Typical_Malaysian_Vapers (8)

Lebih kurang je macam yang #7 tadi, cuma yang ni boleh jadilah sebab mungkin dah biasa buat O Ring guna asap rokok analog.

10. Mr Tester

Typical_Malaysian_Vapers (9)

Kebanyakan kedai vape ada bagi tester untuk jus tu, so diaorang ambil kesempatan nak merasa semua yang ada kat kedai tu.

Mungkin tak mampu nak beli, tulah diaorang ambil kesempatan sampai sebotol habis dibuatnya. Ala macam tester perfume lah, sembur satu badan baru chow! Korang mesti pernah buat kan?

Oklah kalau korang nak dapatkan gambaran yang lebih jelas, korang boleh tengok video kat bawah ni.

Sumber: Youtube Wan Natasha Atiqah Romzi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×