[VIDEO] 3 Resipi Untuk Makan Malam Bertema Beauty & The Beast Yang Pasti ‘Letop’ Di Abad Ini - OHBULAN!

berita

[VIDEO] 3 Resipi Untuk Makan Malam Bertema Beauty & The Beast Yang Pasti ‘Letop’ Di Abad Ini

March 8th, 2017 | by Noraniza | 11 comments
5.2K
reads
955
shares
Foodies

BATB

Korang nak jadi tuan rumah kepada sebuah majlis dinner yang paling gempak dan akan diingati sampai bila-bila? Tak kisahlah dinner anniversary berdua ke, family dinner ke ataupun reunion dinner yang bakal dihadiri oleh ramai sahabat handai. Apapun mesti korang nak jadi tuan rumah terbaik dengan menu paling sedap kan?

Well, nah kami ada 3 menu yang terdiri daripada pembuka selera, menu utama dan juga menu pencuci mulut yang boleh korang cuba. Mudah sangat caranya okay!

Oh, selain daripada menu yang super sedap ni, korang jangan lupa untuk mendekorasikan meja makan korang supaya nampak mewah dan classy! Barulah ‘another level’ of party gitu !

Lepas dah try menu ni, jangan lupa guna hashtag #BeOurGuestMY dan ajak tetamu korang tengok movie ditunggu-tunggu tahun ini, Beauty & The Beast yang akan ditayangkan di pawagam mulai 30 Mac ini.

Pembuka selera – Cheese Souffle

batb 2

Bahan-bahan
4 biji telur
Serbuk roti
2 sudu mentega
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu mustard
1 1/4 cawan susu
2 cawan keju cheddar
Garam dan lada
Tyhme (untuk topping)

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar sehingga 200c
2. Sapukan mentega di bekas ramekin dan ratakan serbuk roti di dalamnya.
3. Panaskan mentega
4. Tuangkan tepung dan kacau kira-kira 2 minit
5. Tutupkan api
6. Tambahkan separuh daripada susu. Kacau bersama sehingga sebati
7. Tambahkan susu, buka api dan kacau sehingga sebati
8. Tutupkan api
9. Tambahkan keju dan mustard. Kacau
10. Tambahkan kuning telur. Kacau
11. Tambahkan garam dan lada
12. Kacau putih telur sehingga rata
13. Bakar dalam pan yang telah dipanaskan dalam 10 minit

Menu utama – Beef Ragout

batb 3

Bahan-bahan
600 gram kiub daging
3 sudu minyak zaitun
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 bawang (didadu)
1/2 cawan lobak merah (didadu)
1/2 cawan saderi (didadu)
400 gram tomato tin
1 1/2 cawan stok daging
3 daun bay yang kering
Garam dan lada
Pasli Itali (untuk topping)
Tomato (untuk topping)
Roti baguette

Cara-cara
1. Perasakan daging dengan garam dan lada
2. Panaskan periuk, tambahkan minyak zaitun dan kacau bersama daging sehingga empuk
3. Keluar dan asingkan dalam pinggan
4. Tutup api
5. Tumis bawang dan bawang putih selama 2 minit
6. Letakkan tomato dan saderi – tumis selama 5 minit
7. Tambahkan tomato dalam tin, stok daging, dau bay dan daging
8. Masak selama 3 jam
9. Tambahkan garam dan lada. Hidangkan bersama roti baguette

Pencuci mulut – Grey Stuff Tart

batb 4

Bahan-bahan
100 gram biskut
5 sudu mentega
1 pek cookies dan campuran krim puding
1 1/2 cawan susu
Sprinkles

Cara-cara
1. Hancurkan biskut. Letakkan keju cair. Tekan dalam bekas tart. Sejukkan dalam peti beku.
2. Campurkan campuran krim puding dengan susu menggunakan whisk. Letak dalam peti sejuk
3. Letakkan campuran krim puding dalam piping bag dan hiaskan di atas tart
4. Letakkan sprinkles untuk hiasan

Nak lebih details lagi? Tengok video ni!