berita

[VIDEO] 6 Fakta Menarik Tentang ‘Dinner In The Sky’ Yang Pasti Buat Korang Gayat!

August 3rd, 2015 | by Wan
Kini Trending

skyohbulan

Pernah tak korang bayangkan atau idamkan untuk menikmati makan malam di udara? Kalau ya, ini mungkin waktu yang paling sesuai untuk korang merasai sendiri pengalaman makan malam di awang-awangan sambil menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.

Sebenarnya konsep Dinner In The Sky ini berasal daripada Belgium. Sempena pelancarannya tempoh hari, pihak pengurusan Dinner In The Sky telah menjemput selebriti terkenal tanah air bagi merasai sendiri pengalaman mengujakan ini.

Datuk Siti Nurhaliza pun dah try tau, siap share video lagi. Fuhh, memang gayat! Berikut 6 fakta menarik tentang Dinner In The Sky ini. Kot korang nak cuba.

Makan di udara sambil melihat pemandangan Kuala Lumpur

Screen Shot 2015-08-03 at 11.03.50 AM

Sambil makan sambil tengok pemandangan indah di waktu malam bandar raya Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas.

Boleh bayang tak dengan anginnya yang sepoi-sepoi bahasa. Dah lah tak ada dinding atau sebarang penghadang. Kami tengok ini pun dah gayat.

Tiket RM599!

sold

Jangan terkejut sebab RM599 merupakan harga yang perlu dibayar jika mahu merasai pengalaman Dinner In The Sky ini.

Paling mengejutkan, setelah 48 jam dibuka, kesemua tiket telah habis dijual! Tempat memang terhad.

Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Lee Chong Wei, & Amber Chia dah try

Screen Shot 2015-08-03 at 11.15.49 AM

Bagi memeriahkan lagi pelancaran Dinner In The Sky ini, Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Lee Chong Wei, dan Amber Chia telah dijemput.

Teruja dengan pengalaman bermakna ini, Datuk Siti dan Amber Chia memuatnaik beberapa video di laman Instagram miliknya. Fuhh gayat!

#ditsmalaysia

A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Siapa berani nak cuba?

#DinnerintheSky an amazing experience! ????#amberchia #ditsmalaysia

A video posted by Amber Chia (@amberchia) on

Pertama di Asia Tenggara

skyy

Untuk pengetahuan, Kuala Lumpur merupakan destinasi pertama di Asia Tenggara yang menjadi persinggahan Dinner In The Sky.

Sebelum ini mereka pernah singgah di bandar-bandar besar seperti Dubai, Las Vegas, dan Rom.

Respon positif dari orang ramai!

Screen Shot 2015-08-03 at 11.19.52 AM

Dinner In The Sky ini hanya dibuka selama sebulan bermula 1 Ogos hingga 31 Ogos 2015. Ramai yang telah mencuba dan reaksi mereka cukup positif.

Screen Shot 2015-08-03 at 10.58.43 AM

Ramai teruja tapi tak sempat beli tiket

skyy

Oleh kerana tiket yang cukup terhad, ramai meluahkan rasa kecewa sebab tak sempat beli tiket.

Screen Shot 2015-08-03 at 11.29.23 AM Screen Shot 2015-08-03 at 11.29.32 AM

Namun atas sebab tertentu, ada segelintir pembeli yang menawarkan dan menjual semula tiket mereka di laman Facebook Dinner In The Sky.

Screen Shot 2015-08-03 at 11.28.48 AM Screen Shot 2015-08-03 at 11.29.03 AM

Sumber : Astro Awani, Facebook Dinner In The Sky & Hilton Kuala Lumpur, Instagram Siti Nurhaliza
& Amber Chia

SKIP THIS AD ×