berita

[VIDEO] 7 Sebab Kenapa Fan Made Power Rangers Sedikit Menggelikan Hati

February 26th, 2015 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2015-02-26 at 00.20.46

Ramai berpendapat fan made video Power Rangers yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini terlampau ganas dan merosakkan memori indah seseorang terhadap cerita kanak-kanak itu.

Ada betulnya apa yang dikatakan. Tapi, kami sebenarnya lebih kepada merasa kagum dan geli hati selepas menonton video itu. Ini puncanya:

POWER_RANGERS

1. Padan Muka Budak-Budak Tak Boleh Tengok

Screen Shot 2015-02-26 at 00.19.22

Sesiapa yang dah tengok video ni, memang dapat lihat adegan pertumpahan darah yang kejam, penggunaan kata-kata kesat dan beberapa aksi ghairah yang tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Bagi kami benda ni kelakar sebab salah satu rancangan kanak-kanak yang popular dan pernah dibanggakan dahulu bukan lagi sesuatu yang suci pada pemikiran kita semua.

POWER_RANGERS (2)

Tak sangka, hero-hero remaja yang dulunya berganding bahu menentang kejahatan kini dah besar dan matang, tapi sedikit tersasar. Rosak diorang ni. Haha!

2. Tunjuk Middle Finger Macam Budak-Budak

POWER_RANGERS copy

Tapi yang ni macam kurang matang sikit. Mungkin watak yang dihidupkan itu masih terikut perangai keanak-anakan.

POWER_RANGERS (4)

Bayangkan korang pergi serang kubu musuh, bergaduh mulut dua-tiga minit, tunjuk middle finger (mungkin sebab bengang, mungkin nak nampak kuat), sambung berlawan sambil tembak dan tikam sana sini, lepas tu nak mati pun tunjuk middle finger lagi. Adoi, tak macho ah gini!

3. Tiru Ironman

Selain daripada robot yang ditonjolkan dalam video ni nampak macam Transformers, watak Ranger warna hitam ini mungkin menjadikan Tony Stark sebagai idolanya. Tak percaya tengok kat bawah ni.

POWER_RANGERS (1)

4. Eh, Maleficent Pun Ada?

POWER_RANGERS (5)

Tolong fahamkan kami. Apa Maleficent buat kat situ?

Mungkin kostum itu dipinjam oleh orang jahat dalam cerita Power Rangers pula. Okayyy, kita anggap macam tu jelah. Tutup cerita.

5. Macam Scene Kena Sergah Dengan Pencegah Maksiat

POWER_RANGERS (6)

Kami tak sangka pengarahnya, Joseph Kahn boleh mengadaptasi babak wajib drama Melayu dalam bootleg Power Rangers ni. Kudos!

6. Sepatutnya Orlando Bloom Jadi Ranger Pink. Serius!

Why_Bootleg_The_Power_Rangers

Salah seorang penerbit video ini, Adi Shankar sebenarnya tak hingin pun Katee Sackhoff berlakon jadi Ranger Pink sebab dia mengharapkan Orlando Bloom yang bawa watak itu. Hahahahahaha! Kau rasa? #orlando4pink

7. Video Bakal Ditarik Balik

Ingatkan sesama Rangers je bergaduh, tapi pemilik franchise Power Rangers, Haim Saban mengarahkan Joseph Kahn menarik balik video yang telah dimuat naik ke laman YouTube itu.

Mungkin Saban risau bootleg ini akan mengganggu jalan cerita asal filem terbaru Power Rangers yang bakal ditayangkan pada 2016 nanti.

Tapi ingat senang-senang ke Kahn nak mengalah? No way!

Screen Shot 2015-02-26 at 00.16.12

Screen Shot 2015-02-26 at 00.16.32

Bagi yang tak sempat download dan belum tengok, meh tengok kat bawah ni. Part ending paling best. Zzzzzz.

SKIP THIS AD ×