Laman Utama » Berita Terkini

Fuhh, rasakan penangan lagu berjudul ‘Someone Like You’ dan juga ‘Rolling In The Deep’! Adele yang baru berumur 23 tahun dan menceburi industri hiburan sejak 6 tahun lepas telah berjaya merangkul 6 Anugerah Grammy dalam 1 malam!

Untuk pengetahuan, ini adalah kali ke-2 artis wanita berjaya merangkul 6 anugerah dalam satu malam selepas kali pertama dilakukan oleh Beyonce pada tahun 2010. Bagi yang tidak sempat menonton ’54th Grammy Awards’ yang disiarkan pagi tadi, ini adalah senarai anugerah yang telah dimenangi oleh Adele.

Senarai Anugerah Yang Adele Menangi.

Best Album (21)
Song of the Year (“Rolling in the Deep”)
Record of the Year (“Rolling in the Deep”)
Best Pop Solo Performance (“Someone Like You”)
Best Pop Vocal Album (21)
Best Short Form Music Video (“Rolling in the Deep”)

Pasti anda sedang tercari-cari kan video persembahan Adele pagi tadi di ’54th Grammy Awards’ yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles pagi tadi? Mari tonton persembahan bertenaga Adele selepas ini dengan lagu bertajuk ‘Rolling In The Deep’!

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

Foto : Anang & Ashanti Bergelar Suami Isteri