Laman Utama » Berita Terkini
Azwan Ali & Didie Alias, kedua-dua hos ini pernah bekerjasama dalam sebuah program realiti di stesen tv milik kerajaan. Pada 18 Ogos, Azwan Ali telah mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan kepada Didiey Alias dengan melabelkan pengacara ini sebagai cimpanzi. Walaupun nama Didiey Alias tidak disebut, rata-rata followers Twitter dapat mengagak siapakah individu yang ‘ditembak’ oleh Azwan Ali. Dikhabarkan, peristiwa perang Twitter ini terjadi disebabkan Azwan Ali tidak berpuas hati apabila namanya digugurkan sebagai pengacara program berkenaan.
Hari ini, akhbar sisipan BiPop mengeluarkan kenyataan Didiey Alias, manakala program Tv Melodi memaparkan footage kenyataan Azwan Ali. Apa yang jelas, kedua-dua pihak cuba mempertahankan diri sendiri. Ketika artikel & footage ini keluar, Azwan Ali sudah pun berada di Mekah untuk menunaikan umrah buat kali ketiga.
Walau bagaimanapun, sebuah blog kepunyaan Ajami Hashim mengeluarkan kenyataan Azwan Ali yang meminta maaf secara terbuka kepada Didiey Alias. Azwan Ali mengakui dakwaan orang bahawa dirinya masih belum berubah walaupun sudah 2 kali ke Mekah adalah benar. Hos ini turut meminta orang ramai supaya mendoakan agar berlakunya keajaiban kepada dirinya sepanjang berada di sana.
Apa pun, pertelingkahan kedua-dua artis ini masih belum mencapai kata penamat. Kita tunggu sahaja update sekembalinya Azwan Ali daripada Mekah.




alhamduillah..berfbaik2 di bln posa n syawal yg bakal menjelma
mmg… kenapa lah mulut dia jahat sangat. nak tegur hamba Allah yang lain kena dengan cara berhemah..
heloooo…..kamu nak pergi umrah buat lah yg bagus…mulut nak mcm hampeh!!! weh blahla lu azwan……bajet bagus….
Aku tgk dia nie slalu jer dengki dgn pengacara lain.. dia mcm xsuka bl pengacara lain makin naik… mcmana org nak minat dia kalau mulut mcm longkang…
bole plak nak pg umrah mcmni.bukan apa, biasanye org nk g umrah mmg la sronok, tp percakapan n pergaulan da start kene jaga.takot kt sana nant mcm2 yg kite xsangka jadi plak.
lagi 1 pelik tgok AA pkai ihram.tuan haji tu pkai biasa je.apeka?
da la tu AA, bile xde publisiti, mule bikin kontroversi sket… troll sane sini.. .
mungkin selepas beberapa siri memalukan diri sendiri macam tuduh Black MUH, pum pang pum pang…… mintak maaf kat Black. tetapi sebelum meminta orang mendoakan anda, ada baiknya anda mendoakan diri anda terlebih dahulu.
selagi mulut nya x kurang kepohnya..selagi itu la AA ni cam ni.. selalu sakit ati dgn kelebihan org n selalu cari pasal ngn org..minta org doa kan dia berubah tp jika dia sendiri x berusaha x kemana nya…
SEMOGA DIBERIKAN HIDAYAH..
AZWAN NI YG AKU TAHU,MULUT DIA MMG JAHAT, TAPI HATI BAIK..SERIES.
DIA ORG BIJAK. STUDENT LAW KAT UM.
PASAL MULUT JAHAT NGN DIDIE TU, FOR ME, BIARLAH DIDIE TU KENE SEJIBIK..KORANG X TGK KE DIA MENGACARA, MCM HARAM DOWH.PERANGAI DAH LA MEME CAM HARAM, TONGGANG ARAK MCM TONGGANG AIR MINERAL JER…CARA AZWAN MMG AGAK KASAR, TAPI PADA SAPA DIA TUJU, MEME PATUT..MEME CAM BERUK PUN,SEMAK AKU TGK.MALU JER..
TQ pd admin ohbulan :)
HUH!… menyampah aku!
entahlah, dulu bape banyak kali dah dia gaduh org tu, gaduh org ni, last2 minta maaf. pastu dia buat lagi. dah bape puluh kali dia ulang balik perangai yg sama. dulu beria-ia menangis insaf la, apa la. kita pun fikir mcm “oh ok, baguslah dia dah insaf, moga2 dia berubah kearah kebaikan.” but in the end, dia ulang balik gaduh sana sini dgn mulut jahat dia. lagi tak tahan, sentiasa cakap besar nak bagitau org dia banyak duit dan kaya.
lama2 nanti org hilang percaya terus pada dia (walaupun ramai dah hilang percaya dgn dia skarang ni). bila org dah hilang kepercayaan terus, susah nak betulkan balik keadaan. sebenarnya dia kena cermin diri dan mulai sedar diri bahawa dia sudah menghampiri bahagian bawah roda.
Diorang berdua ni dah tak relevan lagi dalam industri hiburan tempatan. Bila dah tak laku, mulalah buat publisiti murahan.
asyik gadoh je minah ni. bagus lah dia dah mintak maaf, takut nanti balik tukar jadi berok pulok.
kau dgn kakak kau sama jer..gila glamer!!!tu la kalau x laku nak cari publisiti murah!!#$#@$%^&!!
aku benci rancangan 1vs 0 tu..hampir hari2 diorang tayang lak tu…aku subscribed astro warna bukan nak tgk 1vs 0 tu je…lagi satu video klip (yg dah mmg ada kat astro ria dgn prima), siot tullah
ckp tak fikir.ade ke patut die ckp 3 kli pergi mekah tp tetap sunyi di aidilfitri,tkde jodoh.pebenda la die ni
aku tak pernah suka dia nih…
Allah takkan mengubah sesuatu kaum tu melainkan mereka yang merubahnya…AA nk tunggu miracle apa lagi..nak seribu daya…tak nak seribu dalih…
komen kali terakhir..apa hal dia sorang je dah berihram tuh…yg lain tak pakai ihram pun lagi..
semoga allah berikan dia p.tunjuk.. hurmmm
TO AA……BIAR LA DIDIE CAM NER PON,,,TAK PERLU NAK SEBOK HAL DIA…..DOSA PAHALA DI TANGAN TUHAN………………………
hati AA ni dah hitam dah ni..tu apa dia nuat dah xda keberkatan~ azwan2..insaflah..takut nnti xsempat nak insafkan diri… opsss~
errmmmm…kdg2 aku pk npe la azwan ali ni xprnh reti nk jaga mulut die erk..
kalo Allah dh bg peluang nk berubah, tp diri sdri tanak berubah, ttp jgk perangai mcm 2
moga Allah bukakan pintu hatinya utk bertaubat nasuha dpd mulut lahanat mcm skrg
3 golongan org akhir zaman yg mengerjakan umrah..
- mengerjakan umrah kerana ibadat
-mengerjakan umrah untuk perniagaan.
-mengerjakan umrah semata-mata untuk melancong…
azwan nih tergolongan yg mana ekh?
aku dah perhatikan aa ni
cuba selami jiwa dia
aku buat andaian yg dia ni sbnarnya nk kan segala ‘ideal’
dia kalut lihat keadaan tk adil
knpa aku cakap cenih? dalam siri amboi2 ia adalah ‘ruang’
utk artis bersuara..
kedua, knpa aku cakap centuh, dia suka adakan majlis
bg artis2 yg tk brapa nk top n sering dipinggirkan
sekali lagi dia sediakan ‘ruang’ utk mrka meluahkan bakat seni..
bila dia tengok ada yg tk betul… dia rasa itu tugas utk di’tegur’
bgmanapun, CARA dia kasar n direct kadang2..
mungin dia ada sebab tersendiri.. knpa..
bgmanapun, dia harus mengubah cara tersebut..
supaya tk jd senjata makan tuan
mungkin ade benr & salahnya bile menegur didie..klu ckp cm cimpazi tu apelah sngt..kedua2nye pun dh dewasa..x kn nk brgaduh cm budk2 lg…buat didie,akak memg ptt berubh ke jalan lebih baik lg..zaman muda akak dh hbis..jd tauladan buat semua..mungkin cr agak agak over tpi akak still best..buat azwan pula..tetapkan iman dihati..bersihkan hati seikhlasnya..hidarkan diri dari takabur…sesungguhnya ALLAH mengetahui segalanya..moga diberikan taufik & hidyah
Biasa lah si azwan ali ni mulut dia kalau kata kat orang. Tapi tak kan lah tergamak kata kat org macam chimpanzi, itu dah melampau walau pun dia tak sebut nama. Mereka hanya jadi host dan ikut apa penerbit nak. Serupa lah kalau ada org kata seorang pengacara jantan tapi gaya lebih dari pompuan tentu ada org melenting. Nak kata popular sangat pun tak jugak sebab ada yg lebih popular. Apa yg dia banggakan kononnya dia lah pengacara pertama dapat anugerah tapi lepas 20 -30 tahun tak meneng-menang, itu menunjukkan tak cemerlang. Kadand-kadang memang meluat tengok, dengan selendabg la, kipas lah dan tah apa-apa lagi. Cuba buang semua tu dan tunjukkan personaliti seorang JANTAN yg tulin. Nanti kalau ada yg kata awak macam MAK NYAH atau PONDAN awak melenting sedangkan awak sendiri yb berpesonaliti macam tu.
Jarang dengar artis lain bergaduh tapi awak tu kerap sangat dan lepas tu buat kenyataan seolah-olah awak lah artis paling baik artis lain semua salah dan tak betul. Nak tegakkan benang basah sebut nama ALLAH berulang-ulang macam awak je Islam. Tapi apa yg dikesalkan berlaku pada Didie Alias semasa awak nak ke Mekkah, Selaluntya org kalau nak ke Mekkah suci kan diri sebelum pergi. Jumpa org mintak maaf lebih-lebih lagi dari mereka yg pertnah kita kutuk/ Tapi apa yg berlaku sebaliknya. Takut aku dengar kau bercakap dalam TV kutuk org seolah-[olah bila kat Mekkah nanti Allah akan amoun kan kau, Harap-harap balik nanti buanglah semua perangai buruk yg selama ni memang tak nampak langsung perangai baik
Tahu tak ape!!! Memang ya pun petrgilah 100 x pun kalau setakat nak menunjuk serupa macam pegi makan angin kat tempat lain. Pergi berkali-kali pun memang tak de sape kisah duit awak. Pasal tu lah kalau nak pergi Mekkah ni kena belajar betul-betul dan yg penting hati kita. Kalau pergi 100 x tapi bila balik perangai macam tu jugak lebih teruk dari cimpanzi apa makna dan tujuan kita ke Mekkahm Kalau setakat nak tunjuk…… kita ke Mekkah ni Allah yg menilai amalan kita tapi kalau macam tu lah cara nya dgn sombong bongkak kita… ya Allah… tak tahu lah nak kata apa. Tapi dah memang perangai kita org lain sewmua salah kita je yg pandai nak buat macam mana……
Mudah-mudahan de restui olih Allkah hendaknya….AMIN!!!!