Laman Utama » Berita Terkini
Kecoh dunia hiburan tanahair dengan tersebarnya video bogel seorang wanita mirip pelakon Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia.
Seorang pengirim tidak dikenali yang hanya mahu dikenali sebagai “Paddox” telah mengirim video yang berdurasi hampir 30 saat dan memaparkan seorang gadis mirip Melia Aimiellia kepada OHBULAN!. Video itu menunjukkan gadis mirip Melia itu sedang melakukan aksi ghairah dan mendedahkan bahagian atas tubuhnya termasuklah payudaranya.
Sehubungan itu, wartawan OHBULAN! segera menghubungi Melia Aimiellia untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang sedang melanda pelakon yang baru hendak mencipta nama ini.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya tentang gosip yang tersebar mengenai diri saya. Selepas melihat gambar tu, hampir tergelak pun ada kerana itu bukan saya. Lucu betul,” ujar Melia menafikan isu video bogel tersebut.
Melia yang baru sahaja berumur 19 tahun turut meluahkan rasa terkejut dan terkilannya kepada OHBULAN! mengenai Gossip: Video Lucah Heroin Filem Tersebar! yang hangat diperkatakan sekarang ini.
“Saya agak terkejut dan terkilan sebenarnya, tapi sedikit pun saya tak takut dengan gosip ini sebab itu bukan saya. Saya akan cuba bersihkan nama saya selepas ini, Insyaallah,” tambah Melia Aimiellia lagi.
Namun begitu, Melia yang sedang sibuk menjalani penggambaran sekarang ini berkata bahawa dia akan menyerahkan segala urusan lain kepada ibunya untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.
“Terserahlah, kalau orang mahu percaya atau tidak. Saya tak paksa orang untuk percaya, hanya orang (Ibu) yang kenal dan rapat dengan saya tahu bentuk tubuh saya. Saya hairan kenapa jadi begini, saya tahu saya ramai musuh tapi saya cuba buat yang terbaik walaupun saya tahu ada orang tak suka saya.”
Ditanya jika Melia ada mengesyaki sesiapa berkenaan penyebaran video bogel mirip wajahnya ini, Melia menjelaskan bahawa dia hanya berserah pada Tuhan. Melia juga sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya bahawa gadis dalam video itu bukan dirinya dan ini semua angkara fitnah orang yang dengki terhadapnya.
“Itu memang bukan saya, saya menafikan sekeras-kerasnya. Tuhan itu Maha Adil, semoga dia memberikan balasan pada mereka,” jelas Melia Aimiellia mengakhiri perbualan.
Sebelum ini OHBULAN! ada menulis artikel mengenai, Foto: Video Lucah Adalah Milik Heroin Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia? Klik untuk cerita lebih lanjut.




@maidilm http://t.co/9mbRTRrS
dah agak dah.jwpn standard artis.menyampah-sampah
HAHH TAU XPE.. JAWAPAN KLISE KAN!
YELA NK SLMTKN DIRI.. MCM SI ZARINA JOLIE TU, PUN X NGAKU. PDHAL TERANG2 MUKA SUNDAL DIA DLM VIDEO TU. SIGHHH!
Kan??! Dah leh agak dah pun respond dia..dari 10 kes,1 je yg kan mengaku. Walau macam2 bukti pun, tetap tak mengaku. Tak pe lah..tak buat sudah, kalau buat…eeee malunye! Yg peliknye, hal macam ni pass kat ibu lak yg settlekan??? Ish3x…pe lah punye anak! Nape?? Malu nak jumpe reporter ke takut ke soal jawab sampai tak terjawab? Kalau bukan ko, nothing to scare lah kan…unless BF yg kononnye video ni dikarang muncul ke depan bagi statement. Check karipap sama ke tak, leh? Hahahaha…
korang tgk CINCIN yang dia pakai tu sama. kantoi bodoh.
sama kes ariel peterporn kantoi jam yang sama dia pakai waktu kejadian.
MOHON ADMIN DELETE POST NI. TERIMA KASIH.
@AC MIZAL “MOHON ADMIN DELETE POST NI. TERIMA KASIH.” -Nape nak delete? Tkot org cari awk sbb awk yg mule2 suruh tgk cincin kat jari dlm gamba tu?
betul.. betul.. dah kantol pasal cincin tu pun, masih tak mengaku..
cincin sama weiii…kantoiiiii
aah la..same weh cincin yg die pkai tu..haha! kantoi gile
A’AH LA ..SAMA CINCINNYE… SAMA WARNA, SAMA JARI YG DISARUNGNYA… ;-)
Ya! mmg ALLAH maha adil….tengok cincin yang ko pakai tu macam sama aje ngan gambar bogel ko tu…benci lah ngan artis2 ni…hipokrit betul…menyampah tahap gaban.
kesian2..pastu leh ckp mak die lbh tau bntuk bdan die…aduhai…tol2 wat malu lah…knpe la leh libatkan mak2 plak..
oh bulan sengaja jatuhkan maruah orang dgn letak gambar melia pakai cincin tu…jahat!
baca kat metro tadi, ada mention yang die takde pakai cincin warna hitam mcm yg ada dalam video lucah tu..tapi yg klakanya gamba die kat paper metro tu ada die pakai cincin warna hitamm.. *awkward*
Bole nafikan tapi bagaimana dengan 2 cincin. di tangan kanan…sama dengan screenshot video lucah
http://t.co/tBEjoWf7
Tapi akau yakin..klu citer dh tersebar pasti orang tu takkan ngaku w’pun kena kat aku…
dia ni hidup dalam denial.. skrg mungkin terlepas dan org2 akan lupa cerita ini lambat laun.. tapi seumur hidup dia dan dirinya sahaja yang tahu keaiban yg dilakukannya itu- at war with herself.
cantik cincin dia… hahaha
cover tak jadi la minah ni,.jawapan pun berterabur..nampak beno menipu..
Benci betul bila dah bt dosa tp tak mengaku Lps tu pandai nk igt tuhan sambil kata “tuhan tu maha adil”.tak malu ke?sbb tuhan maha adil la video ni terlps Dan 1 malaysia tgk.
Kesian dia kan…..dah kantoi.lain kali kena jadi cerdik sikitlah……plak tu nak jadi artis..org akan bongkar habis-habisan.Beringatlah2 juga pada artis2 lain tu….nanti tembelang anda pulak pecah….
mcm2 dunia artis ni
pning aku