Laman Utama » Video

Sudah lama dan jarang-jarang mendengar nama Bunkface di radio dan televisyen, kami pasti anda ternanti-nanti sesuatu dari mereka kan?
Terbaru dari kumpulan yang popular dengan lagu ‘Situasi’ ini, mereka telah melancarkan muzik video single terbaru berjudul ‘Panik’ dan telah dilancarkan di laman Youtube pada 11 Februari lepas. Sehingga kini selepas 2 hari dimuatnaik, jumlah tontonan muzik video itu telah mencecah lebih 5 Ribu tontonan dan terus meningkat.
Apa yang menarik ialah muzik video ini hanya memaparkan kesemua gig-gig dan persembahan yang telah mereka pergi termasuklah ketika mereka membuat persembahan di Ancol, Jakarta. Tidak hanya popular di Malaysia, satu komen yang telah ditulis oleh peminat dari Indonesia membuktikan Bunkface telah berjaya mencipta nama di negara jiran itu.
“There’s part of their gig in Ancol, Jakarta. I wish I was there. Bunkface is the second band from Malaysia that I falling for. Greeting from Indonesia. Peace!” – BrenndaJ
Mari kita tonton muzik video berjudul ‘Panik’ dari Bunkface selepas ini!




OHBULAN!: Video: Bunkface Lancarkan Muzik Video Berjudul ‘Panik’! http://t.co/utUeztPK