berita

Video Cover Royal Elizabeth Tan Versi Ukulele & Versi Percussion, Mana Satu Pilihan Anda?

April 25th, 2014 | by Ai
Video Popular

Royals

Siapa disini peminat setia Elizabeth Tan? Jika ada, kami ada berita baik buat anda kerana gadis ini baru sahaja melancarkan muzik video terbarunya.

Kalau nak tau, Elizabeth telah menghasilkan MV bagi lagu ‘Royal’ yang dipopularkan oleh penyanyi antarabangsa iaitu Lorde.

Menariknya, gadis ini turut menggunakan khidmat kumpulan No Noise Percussion sebagai adlib kepada cover yang dinyanyikan kali ini.

Royals

Babak adlib yang cuba ditampilkan oleh No Noise Percussion

Suara yang unik dan ukulele seolah-olah sudah menjadi sebati dengan penampilan gadis ini. Tetapi sepanjang MV tersebut, ia tidak lansung menampilkan babak Elizabeth bermain ukulele.

Pada pendapat penulis, Elizabeth seolah-olah hilang auranya apabila dia hanya bergantung sepenuhnya dengan bunyi percussion semata-mata.

Malah, adlib yang digarap ke dalam lagu ini kedengaran sedikit asing kerana ia seperti tidak kena dengan rentak lagu Royal  dan tone suara Elizabeth. Rasa seperti dua lagu berbeza pula.

Lorde

Lorde menampilkan personaliti tersendiri melalui lagu Royal

Bagaimanapun, tak dapat dinafikan tone suara gadis ini amat sesuai sekali untuk lagu genre seperti ini walaupun ada pihak yang mengatakan suara Elizabeth hampir menyerupai penyanyi sensasi muda Yunalis Zarai atau Yuna.

Kalau nak tahu, walaupun baru 3 hari MV tersebut dimuat naik ke laman Youtube, ia telah mendapat hampir 15 ribu penonton dan ramai yang menyukai MV ini. Ada juga yang mengatakan suara Elizabeth lebih baik dari Lorde, betul ke?

Tahniah buat Elizabeth, satu percubaan yang baik dan wajar mendapat pujian. Mungkin di masa hadapan gadis ini boleh menghasilkan MV untuk lagu ciptaannya sendiri.

Apapun, buat pembaca setia OHBULAN! nah kami sediakan MV pertama dan terbaru Elizabeth dan cover versi ukulele. Mana satu pilihan anda?

SKIP THIS AD ×