berita

[VIDEO] Dipukul & Dibakar Hidup-Hidup, Muslim Rohingya Terus Jadi Mangsa Kekejaman Tentera Myanmar

November 22nd, 2016 | by Shafika
Isu & Kontroversi

roghiya

Nasib umat islam di Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar di negeri Rakhine mengundang simpati penduduk dunia. Memang sedih apabila perbuatan tidak berperikemanusian itu dilakukan sendiri oleh pihak berkuasa kerajaan.

Peristiwa itu berlaku di Kampung Yay Khae Chaung Khwa Sone, di utara Maungdaw, memperlihatkan etnik Rohingya Islam dilayan tidak ubah seperti haiwan. Sama sama kita doakan agar Allah melindungi mereka semua.

Warga yang lari akan dihalang dan ditembakstatusrohigya1

Gadis dan wanita diperkosa

diperkosa

Rumah dibakar dan dimusnahkan

diperkosa1

(Video) Muslim Rohingya Dianiaya dan Dibakar Hidup-hidup

https://www.facebook.com/diru.saputra/videos/1157542287676209/

https://www.facebook.com/diru.saputra/videos/1157985780965193/

https://www.facebook.com/GoenawanAlBasseangy/videos/1129763403728477/

Blog RB News yang memetik kenyataan penduduk tempatan melaporkan, mangsa yang dikurung cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian. Menurut Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan, itu hanya­lah sebahagian daripada penderi­taan yang ditanggung oleh etnik minoriti tersebut sejak kembali menjadi sasaran tentera serta penduduk Buddha bulan lalu.

Pertubuhan itu mengutuk se­keras-kerasnya cubaan penghapusan bangsa Rohingya yang dilakukan kerajaan dalam pelbagai bentuk termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merampas harta penduduk. Jelas badan tersebut, tentera Myanmar turut menggunakan he­li­kopter, meriam dan kereta kebal ketika menggempur kampung-kampung etnik Rohingya. “Mereka yang cuba melarikan diri akan dihalang dan ditembak menggunakan mesingan di sawah-sawah padi dan anak sungai.

Bantah kekejaman pengganas Buddha

15134145_10209761898638412_1422013649_o-1

Bantah Kekejaman Pengganas Buddha

Kita mengharapkan kerajaan kita menzahirkan pendirian yang tegas dan jelas dalam isu pembunuhan umat Islam di Rohingya oleh para pengganas Buddha. Kita juga berharap mereka yang sanggup turun berdemonstrasi isu-isu tertentu akan menunjukkan perasaan bantahan atas kezaliman yang jelas ini. Ini ada kekejaman yang amat dahsyat.

Kita juga berharap persatuan dan pertubuhan Buddha di negara ini menzahirkan bantahan mereka. Ini seperti mana kita umat Islam menzahirkan bantahan jika ada keganasan yang dilakukan oleh orang Islam. Kita mesti tegas dan teguh berdiri menghadapi kejahatan ini.

Saya ingin menyeru semua umat Islam agar berqunut nazilah atas kekejaman penganut Buddha Burma ke atas umat di Rohingya. Di samping itu, marilah kita zahirkan bantahan kita ke atas kekejaman mereka dalam pelbagai cara yang diizinkan syarak.

Sumber :DrMAZA.comIslamidia.com , Alhaq

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×