Laman Utama » Berita Terkini

Satu penghargaan yang besar buat Dato’ Siti Nurhaliza kerana kisah hidupnya telah disiarkan di sebuah saluran yang terkenal iaitu History Channel.

Dokumentari selama hampir 50 minit ini mengisahkan bagaimana Dato’ Siti Nurhaliza yang mula mencipta nama seawal umur 15 tahun apabila memenangi Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) 1995 yang dianjurkan oleh Rancangan Televisyen Malaysia (RTM).

OHBULAN! percaya semua orang di Malaysia mengenali dan meminati Dato’ Siti Nurhaliza selepas kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya. Pencapaian paling menarik Dato’ Siti di tanah air ialah beliau berjaya merangkul Anugerah Seri Perak ABPBH sebanyak 8 kali dan menjadi artis Malaysia pertama yang membuat persembahan di Royal Albert Hall, London.

Kepada anda yang tidak mempunyai Astro di rumah untuk menonton saluran 555 (History Channel), di sini OHBULAN! masukkan video dokumentari Dato’ Siti Nurhaliza yang telah dimuat-naik ke Youtube pada 11 Januari lepas. Sehingga kini, sudah lebih 60,000 jumlah tontonan yang dipaparkan.

Mari kita tonton dan selami sejarah hidup Dato’ Siti Nurhaliza yang telah banyak kali mengharumkan nama negara. Paling penting ialah, tidak perlu berpakaian seksi dan kontroversi, cukup dengan bakat dan tatacara yang sopan, anda boleh juga mencipta nama sendiri.

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

Ady Putra Batalkan Penceraian