berita

Video : Fizo Lamar Mawar Di Pawagam

October 29th, 2013 | by Ai
Video Popular

sidang media tarikh pertunangan fizo dan mawar-50

Jika semalam OHBULAN! telah kongsikan beberapa foto menarik Fizo Omar sewaktu melamar bakal isteri, Mawar Abdul Karim, 24 di panggung wayang Cathay Cineleisure Mutiara Damansara, Selangor, hari ini kami ingin kongsikan pula momen indah tersebut menerusi video yang sempat dirakamkan oleh Paranormal Talents.

Artikel Berkaitan :

Menurut Fizo, video berdurasi 5.59 itu merupakan idea terakhirnya dan rakaman video pendek tersebut dilakukan seminggu sebelum proses lamaran berlangsung.

Screen Shot 2013-10-29 at 10.53.30 AM

Penampilan khas Mia Sara

Apa yang menariknya, video tersebut dikatakan banyak mengandungi eleman-eleman berkaitan dengan diri mereka, sebagai contoh, stall Hot Burger merupakan perniagaan yang diusahakan oleh Fizo, manakala Butik Fareeda pula merupakan perniagaan yang dikendalikan oleh Mawar.

Dalam pada itu, jenama-jenama lain seperti Drive, motor Ducati serta aplikasi Line pula merupakan produk-produk yang telah mengangkat Fizo sebagai duta rasmi mereka sehingga ke hari ini.

Screen Shot 2013-10-29 at 10.52.37 AM

Proses Fizo melamar Mawar

Menerusi video yang dipaparkan, para penonton turut dapat melihat bagaimana reaksi Mawar sewaktu meononton trailer video lamarannya. Nampaknya Mawar begitu terkejut apabila melihat Fizo tiba-tiba muncul di hadapannya sambil membawa sebentuk cincin dan bunga ros merah.

Ingin tahu, bagaimana kesudahan proses lamaran tersebut? Jom lihat video Wedding Proposal : Fizo Omar & Mawar #FizoMawar selepas ini. Semoga terhibur!

Sebagai rujukan, Fizo dan Mawar akan melangsungkan pernikahan mereka pada 10 November ini, bertempat di kediaman Mawar sendiri di Country Heights, Kajang.

https://www.youtube.com/watch?v=h5EA_adFzkU

SKIP THIS AD ×