berita

[VIDEO & FOTO] Patutlah Ramai Yang Beli Aiskrim Kat Situ, Rupa-Rupanya…Respect lah!

June 22nd, 2017 | by Hanis Aliaa
Kini Trending

Baru-baru ini tular di media sosial seorang gadis cantik menaiki motosikal sambil menjual aiskrim. Video tersebut dimuatnaik sendiri oleh Nor Syamimi Azhari di laman Facebooknya. Memanglah viral, orangnya cantik. Jarang sangatlah nak jumpa orang naik jual airkrim yang cantik. Selalunya lelaki yang jual kan.

Nak bantu bapa.

??

A post shared by Syamimi Azhari (@syamimiazhari_) on

Syamimi yang berumur 22 tahun adalah pelajar tahun ketiga, Jurusan Pendidikan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM). Dia membantu bapanya menjual aiskrim di sekitar Pekan Kuah, Langkawi sejak 4 tahun lalu.

Saya sudah empat tahun membantu bapa menjual aiskrim yang saya lakukan ketika cuti semester.

Pada awalnya, bapa ada bertanya kepada saya, tak malu ke nanti terutama dengan kawan-kawan. Saya kemudian beritahunya bahawa saya tidak peduli apa yang orang akan kata sebaliknya apa yang saya lakukan ini dapat membantu menambah pendapatan.

Penarik untuk orang membeli.

Ringankan beban keluarga.

Menurut Harian Metro, Syamimi seorang anak tunggal. Dia ingin menambah pendapatan untuk meringankan ibu bapanya. Terutama sekali untuk belanja pengajiannya yang tinggal lagi setahun.  

Biarpun orang lain masih sibuk berhari raya namun saya merancang untuk berniaga selain memfokus kepada mereka yang mahu mengadakan majlis rumah terbuka nanti.

Selain dapat membantu ibu bapa, saya harap dengan berniaga ini juga saya dapat meringankan beban mereka terutama untuk membiayai pengajian yang masih berbaki setahun lagi.

Kredit : Syamimi Azhari & Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×