berita

Video: Hafiz Hamidun Lancar MV Rabbi Zidni

July 22nd, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-07-22 at 13.28.30

Selepas kejayaan album pertamanya yang telah terjual sebanyak 150,000 unit, Hafiz Hamidun kini kembali dengan album kedua yang diberi judul Zikir Terapi 2.

Di dalam album terbarunya itu, Hafiz memperkenalkan sebuah nasyid zikir berjudul Rabbi Zidni yang telah mula mendapat perhatian peminat selepas MV zikir itu dimuat naik ke laman Youtube.

Walaupun baru dimuat naik dua hari lepas, MV itu sudah pun meraih hampir 11,000 jumlah tontonan dan rata-ratanya memuji penghayatan Hafiz yang cukup syahdu dan menyentuh perasaan.

Screen Shot 2013-07-22 at 13.09.33

Screen Shot 2013-07-22 at 12.57.43

Kebanyakan peminat juga menggemari elemen kemelayuan yang disuntik oleh Hafiz dalam muzik Rabbi Zidni ini. Tidak dapat disangkal bahawa pembaharuan yang dibawakan oleh Hafiz dapat menarik lebih ramai orang untuk mendengar dan menghayati maksud sebenar zikir yang disampaikan.

Bagi yang belum berkesempatan mendengar karya terbaru Hafiz, jom dengarkan di bawah. Pastinya anda akan terbuai-buai dengan alunan muzik yang cukup menenangkan ini.

SKIP THIS AD ×