[VIDEO] Ini Terjadi Bila Mereka Terjah Orang Ramai Guna Pickup Line Original...Tertarik Habis, Bro! - OHBULAN!

berita

[VIDEO] Ini Terjadi Bila Mereka Terjah Orang Ramai Guna Pickup Line Original…Tertarik Habis, Bro!

November 8th, 2016 | by alyas | 0 comments
13.4K
reads
4.5K
shares
Shout Out!

nescafeeee

Sebut pasal pickup lines ni, korang mesti akan terbayang keadaan macam mana seorang lelaki cuba mengorat seorang wanita atau sebaliknya, betul tak? Bukan senang tau nak buat pickup lines ni sebab memerlukan kreativiti, original, dan tak kekok bila melafazkannya di hadapan orang. Fuhhhh…agak-agak korang boleh buat ke tak?

Ha, baru-baru ni kami dah buat satu video pasal pickup lines. Menerusi hos kami Ash Nordin dan Farah, mereka cuba menerjah orang ramai dengan pickup lines original dan tersendiri. Bukan senang tau sebenarnya nak buat pickup lines dekat public ni. Agaknya siapa yang menang ye? Lagi satu, orang Malaysia ni sporting ke kalau buat pickup lines?

Mampu terjah orang ramai dengan pickup line?

screen-shot-2016-11-04-at-1-47-02-am

Berdebar jugak si Ash dengan Farah bila nak buat pickup lines area Damansara ni. Maklumlah, macam-macam boleh terjadi tau. Buatnya pickup lines tu hambar, takde tarikan langsung, malu besar beb! Itu belum kira lagi yang jenis tak melayan, takpun yang blur semacam bila dingorat dengan pickup lines diorang ni. Persaingan ni dimulakan dengan Farah. Berbekalkan wajah ayu cun melecun, Farah cuba memikat seorang lelaki dengan pickup lines KLCC. Nampak macam dah tertarik, tapi last-last brader tu cakap orang dah banyak guna pulak. Hadoiii!

Kena marah dengan akak ni pulak!

screen-shot-2016-11-04-at-1-51-38-am

Si Ash ni pulak cuba try pickup line dekat seorang gadis ni. Dia ingat dia boleh tackle awek cun ni. Alih-alih kena marah pulak. Garang bukan main awek tu dengan Ash. Sumpah kelakar weh! Haa…agaknya siapa yang menang dalam persaingan ni? Korang boleh usha video di bawah dan ketahui pemenangnya. Kalau korang pun nak buat pickup lines, make sure pick up lines korang original macam Nescafé Tarik Original!

Comments are closed.