berita

[VIDEO] Kami Dapat Berborak Dengan Scarlett Johansson & Apa Kata Pelakon Ghost In The Shell Tentang Pelakon Malaysia

March 29th, 2017 | by Ash Nordin
Filem Antarabangsa

01825001.00_06_21_14.Still001 copy

Siapa kat sini peminat kipas-susah-mati anime dari Jepun, Ghost In The Shell? Kami pasti ramai diantara anda yang memang layan animasi terkenal ni kan. Jalan cerita lain dari lain, menggunakan hero wanita dan karakter/watak berbeza antara mengapa animasi ni jadi kegilaan orang ramai.

Baru-baru ni kami berpeluang untuk pergi ke Seoul, Korea untuk menemuramah pelakon-pelakon utama dan pengarah Ghost In The Shell. Lagi excited bila kami dapat tahu kami akan bertemu dengan pelakon jelita Hollywood, Scarlett Johansson! Wahh ketar bibir nak borak dengan dia ni. Jom layan video interview kami bersama mereka!

Ghost In The Shell janjikan kelainan

Bagi anda yang tak tahu langsung pasal animasi ni, jangan risau kami akan terangkan sikit. Ia mengisahkan tentang situasi pada zaman yang akan datang (mungkin 10 atau 20 tahun akan datang). Major (Scarlett Johansson) adalah manusia pertama yang dipertingkatkan sebagai manusia siber serta seorang askar untuk memberhentikan kegiatan penjenayah berbahaya di dunia.

Apabila kes jenayah menjadi lebih teruk, termasuklah kebolehan untuk menggodam daya pemikiran orang serta mengawal mereka, Major adalah satu-satunya yang mampu untuk menghentikannya. Ketika dia bersiap sedia untuk melawan musuh, dia mendapat tahu bahawa dia sebenarnya telah ditipu selama ni, dan hidupnya tidak berada dalam keadaan selamat. Malah lebih teruk lagi bila dia dapat tahu yang segala memori dan hidupnya telah dicuri.

Screen Shot 2017-03-29 at 11.47.10 AM

Pete Teo popular dengan lakonan dalam Papadom arahan Afdlin Shauki

Untuk pengetahuan anda juga, salah seorang pelakon dari Malaysia, Pete Teo turut berlakon dalam movie ni. Siapa Pete Teo? Alah yang berlakon cerita Papadom tu. Dia memegang watak jahat dan lakonannya dapat pujian dari pengarah, Scarlett Johansson dan Pilou Asbaek sendiri. Wahh hebatnya!

Jadi, apa kesudahannya misi Major ni? Kalau nak tahu lebih lagi, tengok lah Ghost In The Shell pada 30hb Mac ni di panggung wayang berdekatan anda ya!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×