berita

Video : Megaboys, Ini Parodi Atau MV?

December 9th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-12-09 at 1.22.09 AM

Meremang dan, meremang. Boleh dikatakan ini adalah 3 minit 44 saat paling menyeksakan yang pernah kami lalui apabila terpaksa menonton video yang kami sendiri kurang pasti samada ianya parodi, muzik video atau pun sebuah cover.

Pasti anda masih ingat dengan fenomena video Gadis Legoland – Macam Cantik, Macam Comel kan?

Bukan sekadar menyelitkan perkataan itu kedalam lirik lagu video mereka, malah kumpulan bernama Megaboys ini turut menggunakan bunyi latar lagu The Wanted iaitu Walks Like Rihanna. Apa yang pasti, respon netizen terhadap video ini benar-benar menggambarkan perasaan kami, sekarang.

Screen Shot 2013-12-09 at 1.22.48 AM

Antara aksi Megaboys dalam klip Seperti Rihanna

Bagi anda yang masih belum lupa, industri hiburan tempatan sebelum ini pernah dikejutkan dengan kemunculan kumpulan Max 24:7 dengan identiti K-Pop yang ditubuhkan oleh Aesar Mustafa. Namun, gagal sepenuh masa, kumpulan ini akhirnya senyap tanpa berita dan yang tinggal hanyalah caci cerca.

Nampaknya, tidak berputus asa, Aesar kembali sekali lagi dengan Megaboys yang nampaknya sudah pun menjadi bahan kritikan penuh hampa dari netizen.

kpop-seksi-24-7-geli

Grup yang ditubuhkan oleh Aesar sebelum ini

Lihat saja pada komen-komen yang diberikan pada video ini di Youtube, tak perlulah kami tunjukkan disini. Terasa keterlaluan pula.

Tak salah mencuba dan terus mencuba. Tapi nasihat kami, cubalah dapatkan nasihat dari yang lebih pakar atau cubalah laburkan lebih banyak untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

Selepas kami, apa kata anda pula terseksa? Mari tonton video selepas ini. Kalau anda tensi, sila tonton video Manusia Bertopeng Syaitan untuk lepas geram. Lega sikit, sekian.

Kapak & The Genk – Manusia Bertopeng Syaitan

SKIP THIS AD ×