berita

Video: MV Jiwa Besi Bukti Kehebatan Manifesto?

October 29th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-10-29 at 12.28.15

Pasti ramai antara anda yang pernah mendengar lagu terbaru daripada Manifesto berjudul Jiwa Besi di corong-corong radio kan?

Namun adakah anda faham maksud sebenar perkataan Jiwa Besi dan makna yang tersembunyi di sebalik lirik-lirik lagu tersebut?

Bagi yang tertanya-tanya, Manifesto telahpun berkongsi muzik video Jiwa Besi di YouTube untuk membantu peminat memahami dengan lebih mendalam mengenai lagu yang penuh bermakna tersebut.

Screen Shot 2013-10-29 at 13.31.37

Menerusi MV berdurasi 4:45 saat itu, Manifesto yang dianggotai oleh Tomok selaku vokalis memaparkan beberapa klip menunjukkan semangat kenegaraan seperti kibaran bendera Malaysia serta laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.

Walaupun begitu, sikap patriotisma mungkin kurang berjaya ditonjolkan tanpa bantuan ahli-ahli manifesto yang cukup bersemangat menyampaikan lagu Jiwa Besi dalam MV tersebut.

Selain daripada itu, OHBULAN! juga berpendapat teknik suntingan dan penggunaan props yang minimum tetapi memberi kesan pencahayaan malap juga merupakan antara faktor yang menyempurnakan karya Jiwa Besi.

Screen Shot 2013-10-29 at 12.25.30

Gaya gerak perlahan yang diaplikasikan untuk beberapa babak seperti adegan melompat juga membuatkan penonton kagum kerana setiap pergerakan mereka amat kena dengan rentak muzik.

Ternyata ramai peminat berpuas hati dengan pembikinan MV ini sehingga ada yang menyamakan Manifesto dengan kumpulan rock dari Amerika, 30 Seconds To Mars.

Screen Shot 2013-10-29 at 13.33.00

Bagi yang belum berkesempatan melihat betapa gempaknya hasil kerja Manifesto untuk Jiwa Besi, di bawah ini OHBULAN! sertakan MV tersebut untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×