berita

Monday Music: MV ‘Painkiller’ Sungguh Dramatik!

June 10th, 2013 | by Yusmirnadia | 0 comments
K-POP

Monday Music: MV Painkiller Sungguh Dramatik!

Muzik video untuk single terbaru berjudul ‘Painkiller’ tersangatlah dramatik dan menyentuh hati. ‘Painkiller’ adalah single digital terbaru kerjasama antara T-ara, The SeeYa, 5dolls dan SPEED.

MV ‘Painkiller’ menceritakan tentang seorang gadis, lakonan Jiyeon yang terlampau kecewa selepas putus cinta hingga mendorongnya untuk membunuh diri dengan mengambil pil beracun.

Monday Music: MV Painkiller Sungguh Dramatik!

Lakonan Jiyeon cukup berkesan

MV berdurasi 6:45 saat itu telah dimuat naik pada 9 Jun dan mendapat respon yang cukup baik daripada ramai peminat. Jiyeon nampaknya telah memberikan sepenuh emosi terhadap MV ini hingga membuatkan penonton turut merasai kesakitan yang dialaminya.

Selain dari ‘Painkiller’, T-ara, The SeeYa, 5dolls dan SPEED turut bekerjasama sepenuhnya untuk menghasilkan projek album berjudul ‘Tears of Mind’.

Monday Music: MV Painkiller Sungguh Dramatik!

Monday Music: MV Painkiller Sungguh Dramatik!

Untuk pengetahuan semua, projek album ini menampilkan T-ara diwakili oleh Soyeon, Yoojin mewakili The SeeYa, Eunkyo dari 5dolls dan Taewoon serta Sungmin kedua-duanya dari SPEED.

Kalau ada yang belum tengok, di sini OHBULAN! sertakan MV yang sangat menyentuh hati ini untuk tatapan anda semua. Tapi jangan sesekali meniru apa yang dilakukan oleh Jiyeon, OK? Semoga terhibur!

Comments are closed.