berita

[VIDEO] “Orang-Orang Ini Menyuruh Saya” – Raja Bomoh Mohon Maaf, Dakwa Ada Dalang Yang Beri Arahan Buat ‘Drama’

April 26th, 2017 | by Hanis Aliaa
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2017-04-26 at 12.24.18Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zain semalam membuat permohonan maaf atas segala tindakannya yang memalukan agama Islam dan juga Malaysia. Raja Bomoh dah dapat perhatian dunia sejak kehilangan pesawat MH 370. Dikuti beberapa lagi insiden termasuk kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam.

Tapi apa yang lebih menggemparkan, semua tindakan Raja Bomoh sebenarnya atas arahan seseorang yang dirahsiakan identiti. Konspirasi apakah ini? Adakah nak alih perhatian dunia dari isu besar yang berlaku? Korang tengoklah sendiri video ni.

“Dia suruh buat, bila buat inilah akibat yang saya kena”

Raja Bomoh mengaku bersalah setelah dituduh di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Ibrahim juga diperintah oleh Mahkamah Syariah untuk berkelakuan baik selama 6 bulan dengan bon jaminan oleh dua orang penjamin. Dia juga diletakkan di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 560).

Permohonan maaf secara terbuka ini turut disaksi oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh; dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar.

Kredit : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×