berita

Video : Rihanna Menangis Cerita Tentang Bekas Kekasih, Chris Brown

August 16th, 2012 | by Ai
Video Popular

Penyanyi pop popular Rihanna yang terkenal dengan lagu “Unfaithful” baru-baru ini dijemput untuk menghadiri rancangan bual bicara Oprah’s Next Chapter.

Menerusi temubual di rancangan tersebut, Rihanna telah berkongsi sedikit tentang kisahnya sewaktu bersama bekas kekasih, Chris Brown dan secara tidak sengaja dia telah menitiskan air mata.

“Saya kehilangan kawan baik. Saya berasa sangat geram dan pernah menyimpan dendam terhadapnya,” kata Rihanna seperti dipetik daripada klip promo rancangan Oprah’s Next Chapter yang dikendalikan oleh pengacara terkenal Oprah Winfrey.

Rihanna turut memaklumkan bahawa dia turut mengalami konflik perasaan setelah diserang oleh Brown dan menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian muka pada tahun 2009.

Mari kita lihat sedikit sedutan rancangan Oprah’s Next Chapter yang akan ditayangkan pada 19 Ogos nanti dan untuk video lain anda boleh layari music.yahoo

SKIP THIS AD ×