berita

Video: Sebelah Sayap Dari Mat Luthfi Terbaik!

May 31st, 2013 | by Yusmirnadia | 8 comments
Video Popular

Screen Shot 2013-05-31 at 01.04.57

Sesungguhnya rugi besarlah mereka kalau tak kenal siapa Mat Luthfi dan tak pernah menonton video-videonya.

Kenapa kami kata macam tu? Sebab apa yang cuba diketengahkan oleh Mat Luthfi dalam setiap videonya mempunyai mesej yang tersendiri walaupun ada elemen komedi diselitkan.

Baru-baru ni, Mat Luthfi ada kongsikan satu lagi video baru yang berkonsepkan dakwah dan nasihat di kalangan kawan-kawan.

Video yang berjudul Sebelah Sayap itu sebenarnya membuka mata orang ramai untuk menilai semula pendekatan yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat dalam menegur seseorang.

Screen Shot 2013-05-31 at 01.14.57

Antara sedutan yang elok diketengahkan dalam Sebelah Sayap

Melalui video yang berdurasi 13:21 saat itu, Mat Luthfi tidak setuju dengan sesetengah pihak yang cepat menjatuhkan hukum terhadap seseorang.

Dari apa yang kami faham, walau sebesar mana pun dosa yang dibuat oleh seseorang, bukan hak kita untuk menilai serta-merta tanpa cuba memahami situasi sebenar dan memberi pertolongan.

Kami kagumlah dengan pemikiran anak muda yang seorang ni. Dia tahu apa yang patut dbuat untuk membantu masyarakat, untuk membetulkan semula apa yang salah.

Screen Shot 2013-05-31 at 01.30.12

Komen-komen yang diterima dari penonton pun rata-ratanya positif dan cukup menyenangkan. Bayangkan, walaupun baru dua hari video itu dimuat naik ke YouTube, jumlah penontonnya kini dah mencecah hampir 200,000.

Betullah orang kata, kalau kita nak menasihati seseorang, bukan dengan cara kekasaran atau menghina, sebaliknya gunalah pendekatan yang lebih rasional supaya orang itu beroleh semangat untuk berubah.

Bagi yang belum tengok Sebelah Sayap, jom tengok kat bawah ni.

Yusmirnadia

Yusmirnadia

A ninja who rides a unicorn. Former business journalist. Food freak. Studied Bach. Mass Com (Hons) Broadcasting.

8 Comments

  1. lovesudoku says:

    terbaikk…still follow untill now ur vedio

    (0)
  2. Rigazzi says:

    the best short vid ever.mesej ringkas tapi cukup padat.

    (0)
  3. Mat Latah says:

    HIDUP ORANG KOTA KUALA MUDA,KEDAH….TERBAIKKK!!!!!!

    (0)
  4. dip says:

    jadi adik ipar i nakkkkkkk????

    (0)
  5. kirana says:

    aku rse dia ni salah amik course la…klu dia jd dr psikologi,mesti ramai pesakit dia yg dah sihat pun ttp dtg jumpe dia gak… hehehe…terbaiikk….

    (0)
  6. Bidadari says:

    saya dah tengok dah. sakit hati lak dengan yang berlakon macam ustaz tu. apa si kawan yang macam ustaz tu cakap betul tapi cara dia tak kena…

    (0)
  7. nurul says:

    dah lama follow video matluthfi90..video memang penuh dengan mesej..budak Master kan

    (0)
  8. Feeza Sabri says:

    die nie pelapis dakwah masa depan..
    Moga Islam terus bersinar dan manusia terus berhemah dalam berdakwah..

    (0)