berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Buktikan Kemampuan Nyanyi Lagu Tamil

August 5th, 2015 | by Wan
Lensa Insta

ctdk

Kehebatan Datuk Siti Nurhaliza dalam bidang nyanyian sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Hampir 20 tahun menghiburkan rakyat Malaysia, namanya kita tampak makin utuh dan masih diminati ramai.

Lebih manis, kali ini Siti Nurhaliza diberi peluang merakamnya lagu berbahasa tamil ciptaan komposer terkenal dari India, A.R Rahman.

Pernah dengar Siti Nurhaliza nyanyi lagu Tamil? Nah tengok video ini.

Ibarat bulan jatuh ke riba

Menurut Siti Nurhaliza, dirinya cukup bertuah kerana dapat bekerjasama dengan A.R. Rahman yang sememangnya impian beliau.

Saya memang mengakui merupakan penggemar lagu-lagu ciptaan beliau dan mempunyai cita-cita untuk bekerjasama dengannya dalam album mahupun sebuah lagu.

Apabila diberitahu bahawa saya akan menyanyikan lagu ciptaan beliau, saya menganggapnya sebagai bulan jatuh ke riba dan memang menunggu peluang terbaik ini.

Syukur Alhamdulillah. Proses rakaman telah berjalan dengan lancar dan baik sekali sehinggakan penerbit itu cukup berpuas hati dengan cara sebutan serta nyanyian saya.

Berbelit-belit lidah

Sedap juga Datuk Siti nyanyi

It’s an honour to sing ur beautiful song @iamarrahman for International Superstars in Malaysia..????????

A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sumber : The Rakyat Post

SKIP THIS AD ×