berita

Video The Road To #Furious7 : Cody Dibayangi Mendiang Paul Walker

October 27th, 2014 | by Ai
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2014-10-27 at 3.59.17 PM

Pemergian Paul Walker pada 30 November tahun lalu terlalu awal dan sukar untuk diterima oleh peminat khususnya pengikut siri ‘Fast & Furious’.

Namun, itulah hakikat yang terpaksa kita terima. Terbaru, kami berkesempatan menonton preview siri ini di laman Facebook United International Pictures Malaysia tau!

Sekali pandang, kami seperti dapat melihat kelibat Paul Walker dalam filem aksi ini, namun bila diamati betul-betul terbit pula kesangsian kami di situ.

Screen Shot 2014-10-27 at 3.57.43 PM

Betulkah pelakon lelaki itu adalah Paul Walker atau adiknya, Cody yang mengambil alih watak Brian O’Connor seperti yang diwar-warkan sebelum ini? Atau mungkinkah kelibat Cody dibayangi mendiang abangnya sendiri? Entahlah!

Hmmm, menerusi video berdurasi 2:43 saat itu, sesekali dapat kami lihat seolah-olah Paul masih dikekalkan dalam beberepa babak. Iyalah, seingat kami, sebelum pemergian Paul, dia sempat melakonkan beberapa scene dalam filem tersebut.

Tapi, kalau korang peminat setia aktor hebat ini, pasti sekali imbas je korang dah tahu siapa sebenarnya yang melakonkan watak ini kan.

Rasanya, Cody tidaklah se’sado’ Paul. Malah dapat kami rasakan pihak produksi menggunakan teknik CGI untuk memperhalusi lagi watak ini bagi menampakkan lebih banyak persamaan.

Screen Shot 2014-10-27 at 3.57.11 PM

Apapun, akhirnya filem ini sudah pun siap sepenuhnya dan hanya menunggu masa untuk ditayangkan. Agak-agaknya dapat tak Cody mengembalikan zaman kegemilangan abangnya?

Kita tunggu dan lihat lah ya?

SKIP THIS AD ×