berita

Video : Tutorial Cara Ikatan Tudung Datin Norjuma

July 6th, 2012 | by Suhailah | 14 comments
Trendsetter

Jika sebelum ini kami pihak OHBULAN! pernah menceritakan tentang jenama tudung Aidijuma dan rangkaian yang menyediakan tudung ini,namun kini kami ingin kongsikan sedikit video cara pemakaian tudung Aidijuma pula. Tudung bawal yang dihasilkan oleh Datin Norjuma ini sememangnya mempunyai identiti yang tersendiri. Dimana rekaan tudungnya berbeza dari rekaan tudung keluaran jenama yang lain.

Selain itu tudung Aidijuma juga mempunyai cara pemakaiannya yang tersendiri. Cara lilitan serta penggayaannya telah direka sendiri oleh Datin Norjuma. Mari kita lihat sedikit tips bagaimana untuk mengayakan tudung rekaan beliau ini.

Video : Tutorial Cara Ikatan Tudung Datin Norjuma

Bagi yang ingin mencubanya anda haruslah sediakan tudung terlebih dahulu dan jangan lupa inner neck ataupun anak tudung untuk menutup rambut anda. Dan jangan lupa sediakan juga pin tudung serta jarum peniti untuk kemaskan lilitan tudung anda nanti.

Pada anda yang ingin mencuba cara pemakaian tudung yang baru,apa kata anda cuba cara lilitan serta penggayaan yang telah anda lihat sebentar tadi. Mana tahu dengan sedikit perubahan gaya tudung ia mampu memberi hasil yang menarik pada diri anda sendiri. Selamat Mencuba!

14 Comments

  1. pinky bear says:

    mcm cincai je care pkai tudung nyer..

    (0)
  2. sznz says:

    leceh la… 2~3 keping tudung brlilit.

    (0)
  3. lupe name says:

    Bertudung kena tutup bahagian dada

    (0)
  4. oma says:

    apa boleh kata tentang tudung ni ialah, nampak sangat biasa dan selekeh. tapi brand dia tu yang buat nampak mahal Datin Norjuma punya tudung :)

    (0)
  5. ermmm says:

    nampak macam tak ikhlas langsung nak buat tutorial…macam baru cuba2 nak gayakan jer….hummmm

    (0)
  6. lalalolo says:

    entah pape ntah.

    (0)
  7. radd says:

    banyak tudung nak kene iron nih

    (0)
  8. jujurakucakap says:

    biasa je?ape yg stylenye? adeh!

    (0)
  9. ny says:

    biasa-biasa aje.mase datin juma pakai tudung biru polkadot tue cam selekeh je.

    (0)