berita

Video Umie Aida Bergaduh Dengan Erra Fazira?

August 21st, 2013 | by Ai
Video Popular

Umie Aida & Erra Fazira 1

Umum tahu dua aktres jelita iaitu Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida merupakan sahabat baik.

Bagaimanapun beberapa jam lalu, pelakon genit, Elfira Loy baru sahaja memuat naik sebuah video di laman akaun Keeknya, di mana menerusi video tersebut dilihat dua sahabat baik itu telah bergaduh di hadapan sebuah butik pakaian.

Melalui video itu, pergaduhan mereka turut disaksikan oleh orang ramai dan terdapat juga adegan di mana Umie Aida menyepak kaki Erra Fazira.

Erra & Umie bergaduh

Umie Aida menyepak kaki Erra Fazira

Adegan tersebut bagaimanapun hanya sekadar gurauan sahaja dan ianya tidak melibatkan perbalahan yang serius.

Menerusi rakaman video tersebut, Elfira turut menyatakan bahawa Erra dan Umie hanya bergurau kerana ingin merebutkan sebuah telefon bimbit.

Oleh itu, para peminat semua jangan salah sangka pula ya.

Apa pun, untuk semua peminat Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida, jom layan video dan beberapa foto menarik mereka bercuti di Eropah selepas ini. Enjoice!

Kredit video & Foto : Elfira Loy & Umie Aida

SKIP THIS AD ×