berita

Video Viral: Lihat Sendiri Bagaimana Gunung Berapi Meletus Di Papua New Guinea! Speechless!

September 11th, 2014 | by Noraniza
Video Popular

Screen Shot 2014-09-10 at 11.21.18 PM

Bila sebut je pasal gunung berapi, mesti ramai yang rasa gerun kan? Huhu. Samalah dengan kami. Gila ke tak takut bila bayangkan macam mana lahar gunung berapi tu boleh cabut nyawa kita sekelip mata je.

Dalam pada takut tu mesti anda semua tertanya-tanya juga bagaimana ‘rupa’ sebenar kejadian gunung berapi kan. Ala.. dulu masa kat sekolah buat eksperimen sains gunung berapi tu tak ‘real’.

Tapi, rasanya anda berani tak untuk melihat gunung berapi yang original? Kalau jawapannya ya, anda bertuah kerana sekarang ni ada satu video gunung berapi dah jadi viral video tau di laman sosial. Fresh video ni!

Screen Shot 2014-09-10 at 11.27.27 PM

Beberapa saat sebelum gunung berapi meletus!

Menerusi artikel di Cnet, video berdurasi selama seminit itu telah berjaya dirakamkan oleh seorang pelancong, Philip McNamara  pada 29 Ogos lalu di Papua New Guinea.

Pada mulanya, Mcnamara hanya melihat letusan kecil, namun seorang wanita dari Kokopo Beach Bungalows telah menawarkan bot untuk membolehkan dia melihat letusan gunung berapi itu daripada jarak dekat.

Beraninya mat salleh ni kan? Katanya ia seperti peluang keemasan untuk merakam kejadian alam itu. Ish..Kalau kami, rasanya awal-awal dah cabut lari. Tapi dia pula mahu pergi lebih dekat dengan gunung berapi yang sudah siap sedia mengeluarkan laharnya.

Lebih menarik lagi, letusan gunung berapi yang terletak di perairan laut pasifik selatan, hujung utara New Britain itu juga disusuli dengan bunyi dentuman yang kuat sehingga bot yang dinaiki oleh McNamara juga bergoyang.

Ha..anda mesti tetap tak dapat nak imagine selagi tak lihat dengan mata kepala sendiri kan? Jadi, kalau dah sedia nak tengok gunung berapi, klik sahaja button play di bawah.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×