berita

[VIDEO] Viral Lin Dan Beri Surat Menyentuh Hati, Ini Jawapan Lee Chong Wei…Memang Kelakar!

August 24th, 2016 | by Wan
Kini Trending

OHBULANLEECHONGWEI
Baru-baru ini viral di laman sosial tentang surat yang dikatakan ditulis oleh jaguh badminton China Lin Dan kepada Datuk Lee Chong Wei semasa berlangsungnya sukan Olimpik di Rio Brazil.

Ramai yang sebak membaca surat menyentuh hati itu namun ternyata surat terbabit tidak wujud dan ianya hanya rekaan peminat semata-mata. Setibanya Lee Chong Wei di tanah air sebentar tadi, ini jawapan beliau ketika ditanya tentang hal demikian.

Ingat kita bercinta ke?

Lee Chong Wei mengesahkan tidak menerima surat daripada Lin Dan sambil mengesahkan ianya sekadar khabar angin.  Tambah beliau ia adalah tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Itu wartawan China yang tulis. U ingat kita bercinta ke?

Jawapan Lee Chong Wei itu disambut dengan gelak tawa oleh hadirin yang hadir menyambut kepulangan wira-wira negara ini dari sukan Olimpik Rio.

So tuan badan sendiri dah jawab. Banyak pula masa Lin Dan nak tulis surat ye, bukannya tak ada no telefon call sudah! Hehe

Sumber : Sumisha Naidu

 

SKIP THIS AD ×