berita

Video : Wanita Ubah Wajah Menjadi Selebriti Dengan Teknik Mekap!

April 20th, 2012 | by M | 4 comments
Trendsetter

Video : Wanita Ubah Wajah Menjadi Selebriti Dengan Teknik Mekap!

Kebiasaanya wanita menggunakan alat solekan bagi menampilkan sisi istimewa mereka. Bagaimanapun, Promise Tamang Phan berupaya mengubah dirinya menjadi orang yang berlainan dengan skil mekap yang mengagumkan!

Beliau sering kali berkongsi teknik mekap bersama penonton di Youtube sejak sekian lamanya. Namun, kelibat beliau di ruangan media sosial mula dirasai apabila beliau menyahut cabaran penonton untuk mengubah dirinya menjadi selebriti terkemuka dunia. Melalui saluran Dope2111, skil yang dimiliki oleh Phan berjaya menarik perhatian tontonan berjumlah 98 juta dengan lebih 590 000 pelanggan di Youtube.

Phan berkemampuan mengunakan teknik pembayang yang betul bagi mengubahkan wajahnya menjadi serupa Angelina Jolie, Scarlett Johansson, Kate Middleton, Haifa Wehbe termasuk wajah selebriti lelaki, Drake.

Skil yang dimiliki oleh Phan turut diturunkan kepada si suami yang membantunya mengacah mekap menjadi Snooki melalui video ‘My husband does My Make-up‘.

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

4 Comments

  1. sha says:

    suka tgk video dia…

    (0)
  2. miss says:

    promise tamang phan…setia ngn dia since 2010…makeup dia sgt terbaik…kreatif

    (0)
  3. alia says:

    dia ni adik michelle phan..make up guru kt youtube..aku banyak belajar make up dari video kakak dia tu. dorang memang berbakat.

    (0)
    • orked says:

      bukan adik michelle la. dia kakak ipar michelle phan. isteri kepada abang michelle,pffttttt.

      (0)