berita

Viral! Pemain-Pemain Bola Ni Mengaku Merekalah Master Mind Sampai Tercetusnya Bangsa Bola…Bia Betik?

May 11th, 2016 | by Epul
Shout Out!

Feature

Korang pernah dengar tak pasal Bangsa Bola-thon? Mungkin pernah dengar tapi mesti korang tak berapa pasti apa sebenarnya bola-thon ni? Jangan-jangan itu superhero baru yang akan muncul?

Tak apa, buat pengemar bola sepak tempatan mahupun antarabangsa korang mesti dan wajib tahu tentang ni. Kalau betul korang tu peminat tegar bola sepak mesti korang tau semua pasal pemain, jurulatih, gol pelik/menarik, dan banyak lagi la drama dalam padang bola ni kan? Okay kalau nak tau, meh baca ni kami kongsi.

1-Kami pun bangsa bola jugaScreen Shot 2016-05-11 at 11.18.17 AM

So kami sebenarnya nak kongsikan tentang satu pengalaman yang kami rasa gempak apabila ada satu team ni gigih nak satukan bangsa bola di Malaysia dan kalau boleh nak buat tuk satu dunia. Wah hebat kan? Tapi macam mana diorang ni buat semua ni?

Buat yang first time yang dengar pasal Bangsa Bola-thon ni, jangan risau sebab korang mungkin bangsa lain..ha..ha..ha..

Semalam satu kempen telah dijalankan dibawah #KamiBangsaBola yang sangat mengujakan semua penggemar bola sepak tempatan dan juga antarabangsa. Menariknya kempen ni diorang jalan sama macam perlawanan dekat padang bola.

2-Medan sosial ka? medan perang?

Win

(antara hadiah yang telah dimenangi)

Kecoh juga semalam, bila Bangsa Bola ni cakap pasal  bola dengan team BB-thon. Ye la, mahu tak kecohnya, kalau cakap pasal bola je boleh dapat hadiah daripada team BB-thon. Kalau kami pun mesti kecoh juga ni. So banyak sebenarnya hadiah yang telah diberikan kepada bangsa-bangsa bola ni.

Menerusi laman sosial Twitter dan Facebook semalam kalau korang sembang pasal bola dengan #KamiBangsaBola boleh menang hadiah yang semestinya hebat-hebat!

3-Players football in the house yeah! Syed Adney, Brenden Gan, Gabby Guerra
Player IV

Wow bukan je dapat hadiah tau! Semalam juga kalau korang main Facebook, boleh bersembang dengan pemain-pemain bola sepak tempatan kita antaranya wakil player Negeri Sembilan (Syed Adney), Kelantan (Brenden Gan) dan player PKNS (Gabby Guerra) dihoskan oleh Elmi Elmo secara LIVE tau.

P/S:Kami dapat tengok secara LIVE semalam so jangan cemburu..

4-Kempen Trending terbaik boh!

20160510_141437-min

(Team Kami Bangsa Bola-Thon)

Wah sikit je team BB-Thon ni kan? Tapi laju je diorang ni reply semua tweet korang semalam tanpa ada gangguan. Nak tau rahsia diorang ni tak? Ha macam mana nak sentiasa kekal pantas dalam media sosial macam team bangsa bola ni? senang je bertukarlah ke plan U Mobile , baru la boleh jadi hebat pantas macam Flash.

So semalam bermula 9 pagi lagi team BB-thon  ni dah mulakan kempen yang sememangnya hebat dan cool ni sampai 9 malam tau. Dengan pengisian yang sangat bermanfaat untuk semua penggemar bola sepak tidak kira daripada penonton, screamer sampai la pemain-pemain diorang bawakan untuk bersama bangsa-bangsa bola di Malaysia.

Kami dari OHBULAN! ucapkan tahniah pada diorang sebab buat kempen yang mengangkat sukan bola tanah air kita ni.

P/S: Minta tahun depan pun ada lagi

Nak tengok apa lagi yang diorang buat? Boleh ushar dekat album ni.

SKIP THIS AD ×