berita

Viral Video : 57 Tahun Merdeka, Tak Susah Nak Kenal Rakyat Malaysia. Kita Special!

September 5th, 2014 | by Ai
Video Popular

aroundtown_merdeka

Pejam celik pejam celik, macam tak percaya negara kita dah mencapai kemerdekaan ke-57 tahun kan. Rasanya, masih belum terlambat untuk kami mengucapkan Salam Kemerdekaan ke-57 buat semua rakyat Malaysia.

Haa, korang mesti pelik kenapa entri kali ini mengenai kemerdekaan kan? Sebenarnya, sempena Hari Kemerdekaan Negara, beberapa buah video mengenai kemerdekaan jadi viral.

Hingga ada yang trending di laman sosial dan beberapa blog terkenal tau! Nak tahu video apa? Kenalah baca sampai habis. Nah! kami sediakan video-video yang tengah meletop-letop sekarang ni.

Screen Shot 2014-09-05 at 11.02.15 AM

Okay, video pertama yang Mira nak kongsikan adalah mengenai Tan Hong Min dan Ummi Khazriena. Korang ingat lagi tak pasangan comel yang pernah muncul di iklan kemerdekaan arahan Allahyarham Yasmin Ahmad ni dulu?

Video pertama yang bertajuk ‘Cabaran 60 saat -Tan Hong Ming & Ummi Khazriena’ ini mengambil pendekatan soalan-soalan am mengenai Malaysia yang perlu dijawab, kreatif!

Tapi, ada yang merungut bila dengar jawapan dua anak muda ni. Kata mereka ‘soalan basic pun tak dapat jawab?’ Hmm, agaknya mungkin diorang nervous sangat kot nak muncul dalam Hlive! Haha.

Seperti biasa, tak kiralah apa jenis perayaan pun, iklan dari Petronas pasti mendapat perhatian segenap masyarakat. Mana taknya, Petronas sentiasa menghasilkan iklan-iklan yang kreatif dan kadangkala mencuit emosi penonton.

Screen Shot 2014-09-05 at 11.04.35 AM

Kali ini, betemakan ‘#AWalkThroughTime’ Petronas mengisahkan perjalanan dua kanak-kanak merentasi masa. Sekaligus, ia menggambarkan kemajuan yang dicapai negara kita sejak 57 tahun yang lalu hinggalah kini.

Hmm, berkobar-kobar semangat Mira bila tengok video ini tau. Mana taknya, sentimental value yang digarap betul-betul menjadi dengan jalan cerita yang indah sekali.

Eh eh, ni ada satu lagi video yang Mira nak kongsi. Mengenai Typical Malaysian. Haha kelakar tau! Video ini berjudul How To Know You’re Malaysian’. Memang lawak habis video ni. Patutlah viral sampai lebih 400,000 yang tengok!

Mana taknya, apa yang digambarkan oleh TheMingThing ni, betul-betul kena. Mira pon turut terasa bila tengok Haha. Terutama part mamak tu, macam dah tak ada tempat lain nak lepak.

Screen Shot 2014-09-05 at 11.05.32 AM

Tak dapat dinafikan ciri-ciri video yang sering mendapat perhatian di laman sosial dan adakalanya menjadi trending sudah semestinya ada unsur lucu, comel dan sarcastic.

Nah! Kat bawah ni, Mira sediakan beberapa video untuk anda tonton. Khas sempena Hari Kemerdekaan. Semoga kita lebih menghayati kemerdekaan yang kita ada lepas ni ya. Selamat menonton!

 

 

SKIP THIS AD ×