berita

Viral Video : Kisah Cinta Atas Jodoh Tuhan, “Cinta Butterfly”

October 1st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sekadar menceriakan hari Isnin anda, mari kita tonton sebuah video bertajuk ‘Cinta Butterfly’ yang die-mailkan oleh seorang pembaca OHBULAN!.

Tidak diberikan deskripsi, kami kira ini sebuah video kisah benar mengenai 2 pasang kekasih yang bertemu jodoh sebelum berkahwin. Namun, apa yang menarik minat OHBULAN! tentang video ini ialah cara mereka berdua mula bertemu.

Video berdurasi 5.10 minit ini menceritakan bagaimana Nazuha dan Taqiuddin bertemu buat pertama kali apabila Taqiuddin terjumpa sebuah dompet selepas menunaikan solat di masjid. Ketika menunaikan solat, Taqiuddin telah memohon doa pada Tuhan agar diberikan petunjuk dan jodoh hidupnya.

Selesai sahaja berdoa, Taqiuddin yang mahu menuju keluar telah melihat seorang wanita bernama Nazuha telah tercicir sebuah dompet. Taqiuddin lantas mengutip dompet itu dan terus bergegas ke keretanya untuk mengejar Nazuha yang ketika itu sudah menaiki sebuah kereta lain. Tidak mahu jadi ‘spoiler’, anda tonton sendiri video ini yang amat menyentuh hati kami.

Ingat, jodoh itu telah ditetapkan Tuhan dan kita hanya perlu berusaha dan berdoa kepada-Nya. Apa pun, jika benar ini adalah kisah dimana Nazuha dan Taqiuddin mula bertemu jodoh, jujur kata kami amat terharu dan tahniah diucapkan dari krew OHBULAN! atas perkahwinan anda berdua.

Video ini telah diarahkan oleh Rifaiee Omar dan hasil kerja pengarah berbakat ini seharusnya dipuji. Tahniah kepada Rifaiee Omar juga!

SKIP THIS AD ×