berita

Viral Video Pak Guard ‘Bertumbuk’ Dengan MMA Fighter? Lelaki Ini Tampil Pertahankan Diri

July 17th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Ketika ini sedang viral di Facebook video pengawal keselamatan di sebuah kondominium bergaduh dengan seorang lelaki sebelum beberapa orang pengawal keselamatan yang lain datang membantu.

Video yang dimuatnaik di laman Facebook Discover Subang Jaya itu sehingga kini sudah mendapat lebih 10 ribu perkongsian oleh netizen. Menurut kapysen pada video terbabit, perselisihan faham berlaku apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan lelaki itu memasuki kondominium tersebut.

Tak benarkan masuk

Salah faham?

Posted by Discover Subang Jaya on Monday, 17 July 2017

Tendangan free untuk pak guard

Posted by Discover Subang Jaya on Monday, 17 July 2017

Ditangkap

Posted by Discover Subang Jaya on Monday, 17 July 2017

Tidak melawan balik

Menerusi ruangan komen post itu, seorang lelaki bernama Darriush Kha Lili mengaku dirinya di dalam video tersebut. Dia tidak berniat untuk mencederakan pengawal keselamatan terbabit dan tindakan menendang hanya mahu menjauhkan pengawal keselamatan itu.

Tambahnya lagi, dia mengakui membuat kesilapan apabila menampar pengawal lelaki tersebut pada mulanya dan telah pun meminta maaf. Dakwanya lagi apa yang berlaku hanyalah salah faham. Moga hal ini dah diselesaikan dengan baik.

Sumber :  Discover Subang Jaya

SKIP THIS AD ×