Virgin Galactic : Kini Anda Boleh Terbang Ke Angkasa Dengan Harga RM700 Ribu

Virgin Galactic : Kini Anda Boleh Terbang Ke Angkasa Dengan Harga RM700 Ribu

Dikemaskini oleh M pada December 8th, 2009
Celebrity & E-News 88 Respon

Virgin Galactic, mencatat sejarah manusia sebagai satu-satu’nya pesawat komersial angkasa di dunia. Imaginasi manusia untuk terbang ke angkasa dengan kos yang rendah akhirnya tercapai apabila pemilik syarikat Virgin, Richard Branson menunaikan harapan tersebut.

Anda tidak perlu lagi berdaftar dengan NASA atau menjalani latihan angkasa lepas selama setahun seperti yang pernah dialami oleh Syeikh Muzaffar. Dengan kos serendah RM700 ribu, anda akan dapat melihat keindahan bumi serta merasai sendiri pengalaman anti graviti. Kos ini juga meliputi latihan 3 hari yang akan anda jalani sebelum berpeluang terbang ke angkasa.

Apa yang menarik, rupa bentuk pesawat komersial angkasa milik Virgin tidak menyerupai roket angkasa yang biasa kita lihat. Virgin Galactic akan diterbangkan oleh 2 kapal terbang kecil ke ketinggian 18km, dan kemudian baru dilepaskan dengan kelajuan roket ke ketinggian 104km dari aras bumi. Perjalanan hanya memakan masa selama 2 jam 30 minit, bersamaan dengan masa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangalore, India.

Syarikat Virgin juga merancang untuk menggunakan Virgin Galactic bagi memendekkan masa penerbangan dari Amerika ke Australia daripada 15 jam ke 90 minit. Caranya, terbang secara suborbit.

Potensi pelancongan ke angkasa juga amat luas. Para saintis & pengkaji mampu melakukan proses ujian atau menghantar pod kecil ke angkasa tanpa memerlukan bantuan kerajaan. Kami yakin, selepas ini anda boleh bermain gasing di angkasa seperti yang pernah dilakukan oleh Syeikh Muzaffar.

Cuma, kos anda lebih rendah.

Sumber artikel & gambar : Virgin Galactic unveils SpaceShipTwo, world’s first ever commercial passenger spaceship

Blog Widget by LinkWithin

88 Respon

Respon dari Pembaca OHBULAN!

  1. pertama! saya sangat gembira

    Respon kepada funaki
  2. Aku first ek? Well 700k costs me much still

    Respon kepada fareth
  3. Wahhh.. Ekin bole laaa pegi ngan Mawi ni..

    Respon kepada The Rock
  4. rm7oo ribu leh tanggung makan 7 kturunan…

    Respon kepada wati
  5. kl pegi bangalore 4 jam lah, ntah pape.

    Respon kepada ex
  6. rileks lah ex… salah mention masa n tempat je.. nape emo sgt? frust ke x de wet rm700K? ahaks

    Respon kepada asbesstos
  7. Tak bangga langsung..Malaysia dari zaman Dr.Mahathir dah leh beli pesawat ni..Kerajaan makan duit rakyat banyak sangat..

    Ya Allah haramkanlah apa yang kerajaan malaysia ni makan tu sekiranya benda tu datang dari sumber yang haram..AMin

    Respon kepada fahmi
    • kenapa nak doa benda yang buruk? perlu kah berbuat demikian?

      Respon kepada aein
      • aein ko ni belom layak mengundi..ko tengok entri hiburan dah lerrr

        Respon kepada leo moggi
        • ok. tapi kenapa perlu kita doakan bala untuk orang? kenapa haah? bukan ke dalam islam pun malarang kita doakan bala untuk orang. if aku doakan bala mnimpa kau.. apa kau rasa???

          Respon kepada aienn
          • ALLAH Maha Adil, aienn. Doa ialah senjata, lebih2 lagi bagi org teraniaya. Org2 yang haknya dicabuli atau dirampas haknya tidak dan tidak mendapat pembelaan. They’re completely helpless. Apa lagi yang tinggal selain doa? Doa untuk ketidakadilan ini juga adalah untuk peringatan bagi pihak yang menganiaya, yang selalunya mempunyai hati yang hitam, payah untuk insaf kecuali bila bala hempap atas kepala. Ramai para Rasul yang tidak ada jalan lain terpaksa mendoakan kebinasaan untuk kebanyakkan umat mereka bagi menyelamatkan sebahagian lagi yang benar. Wallahualam.

          • aienn…. aku sudah cakap …. ko ni kena banyak membaca terutamanya buku2 agama…jgn menyampuk lah ckp org dewasa….. menyampah aku tengok komen2 ko kat entri OB nih.

    • utk tahun lepas je perolehan negara dari sumber perjudian adalah sebanyak rm2.3 billion….fuh sib baik aku keje sendiri…kalau keje gomen tentu merasa dapat gaji dari sumber haram….takut…takut….

      Respon kepada ladygaga
      • ladygaga.. pikir sikit perasaan org yg keja gomen dlm ni…

        Respon kepada CAPRIC
      • tak pa org gomen jgn risau…gaji anda semua halal pasal PM pos semua duit haram pi Genting

        Respon kepada jerangkong
        • lagi pon Tan Sri Haniff pengerusi Genting kata dia tak jumpa ayat Al Quran yg mengatakan judi itu haram…ulama kerajaan diam aje bila dia kata mcm tu

          Respon kepada jerangkong
          • Korang ni suma skit hati coz apply gov xdpt…pas tu dok tuduh krjn buat duit haram. Kalu kerja krjn pn jgn curi tulang…jujur x mkn rasuah..amanah dh le. Hasil yg dpt dh tentu Halal. Tp jgn plak ko kerja kt TOTO ka kt klg arak…yg tu mmg la haram. Kalu ko beniaga pn..ko sure ka duit yg custmer bg tu duit halal..ntah² duit bru menang judi. So tu kira cm na???

      • Ko keja jbtn Audit mana ni….tulis cm pasti ja. Ko beniaga sndr ek….kalu cust ko bg duit yg baru dia menang judi cm na? Ko pasti ka. Esok kalu PR jd gov…try suruh hapuskan pusat judi…pasti DAP mengamok. Ok kalu nk buka pn leh ka bg free ja….xpyh caj apa²….x pyh kena tax…byr sewa ja bgnan ja.

        Respon kepada Bior Betol
      • Kalau keja ngan swasta/sendiri belum tentu halal semua………Kalau ngan sape pun kita keje niat kita baik,dapt rezeki halal lah.kalau majikan buat tak betul majikan lah yg tangung dosa apa pulak kita….lagi satu awak duduk malaysia kan kalau kerajaan dapat sumer dari benda haram awk jgan duduk malaysia,awak jagn gunakan yang kerajan buat,seperti jalan raya,sebsidi..beras gula tepung dan banya lagi…itu datang dari mana?

        Respon kepada ayie
        • kedua2 pendapat di atas datangnya dari otak yg bahagian pituarinya tak berfungsi…ada deria tapi tak nampak, telinga dipekakkan… apa maksud kau kalau niat baik rezeki jadi halal ??
          Mana kau belajar hukum ni ? kalau gitu katakan seseorang merompak dgn niat nak bagi anak makan….halalkah ? Ingat sdr, matlamat tidak menghalalkan cara !!

          Respon kepada abang long
          • Bior Betul …. aku tengok dlm entri2 lain yg berbaur politik kau akan cemuh org yg tak pro dasar2 kerajaan sbg “org yg tak dapat kerja kerajaan “…. Bro jangan sempit sangat fikiran tu …. sekarang ramai lulusan universiti dlm dan luar negara memilih utk menjadi usahawan. Hebat sangatkah jadi pegawai kerajaan ? Mungkin pd kau lah…tapi bagi aku kalau pegawai kerajaan yg benar2 cemerlang, terbilang dan gemilang tu mcm cari jarum dlm tepung !!!! Jadi hentikan lah ucapan cliche kau tu !!!!

        • apa hal kau nak halau org yg tak sealiran dgn pendapat kau ??? Apa Malaysia ni mak bapak kau yg punya kah ?

          Respon kepada abang long
        • oi bongok ! lu pehal ? ko ingat duit buat jalan tu hak kerajaan ke ? Tu semua duit hasil dari cukai rakyat paham takkkkk ? Ade ke tepong, gula, kopi, teh, beras dan semua yg ko lantak tu dapat FREE ker ? Bapak ko dapat FREE semua brg tu ke ??? Dasar BARUA UMNO !!!!

          Respon kepada ClBAl LU
    • ko igt pswat nih murah ke??btw zman mahathir mn ada lg tknologi nih…bdk2 bru blaja sains pun tau…haha…

      Respon kepada kot2...
  8. 700k????? xpayah baik aku travel round the world lagi best …balance duit blh beli 1 unit rumah rehat kt andaman xpun kt datai LANGKAWI ….class gitu!!!!!!

    Respon kepada apple
    • Ko memang sependapat ngn aku…x kepasal nk bg 700k nk naik kapal terbang kontrol tu.

      Respon kepada Bior Betol
    • Bagi org yang x kaya raya mcm aku, aku pun satu kapal ngan ko. Duit 700 ribu tu buat expenses pusing satu dunia tgk mcm2 benda lg best.

      Respon kepada pizza
      • cik adik oi…kalu ada 700K buat beli harta la baru pusing dunia…ni la org Melayu …tau nak makan angin aje

        Respon kepada bukan lebai
        • Itu pendapat kau dgn duit 700 ribu, pendapat aku berlainan, ikut keutamaan. Perkara subjektif mcm ni, susah la kalau kita kata kepala kita jer yang betul.

          Respon kepada pizza
          • erk..bukan nak kutuk ar, pendapat aku jer..aku bebudak 14 tahun pun bley fikir.sebab aku terbuka, setiap ada berita mesti aku kaji dulu..bukan main redah..ape benda aku cakap ni..?…sorry yek..kalau marah.

          • suka hati kau la…memandangkan keutamaan kau melancong..jgn lupa pegi Makkah

          • Terima kasih bukan lebai. Ko doakan rezeki aku murah, cepat dapat jejak kaki ke Tanah Haram.

        • Itu pendapat kau dgn duit 700 ribu, pendapat aku berlainan, ikut keutamaan. Perkara subjektif mcm ni, susah la kalau kita kata kepala kita jer yang betul. Ini la jenis manusia yang jumud, tau nak kondem tak tentu hala je.

          Respon kepada pizza
          • cik pizza…insyaAllah aku doakan hasrat kau tu…aku sudah ke Makkah…kucup Hajarul Aswad….Ya Allah sampai sekarang meremang bulu roma ku teringatkan saat di depan Kaabah…air mata mengalir tanpa henti entah kenapa….terasa sangat kerdilnya aku di depan Baitullah…Allahuakbar !!!!

          • Amin..harap2 la kalau akak/abg pizza ni kalau de rezeki..dapatlah pergi ke tanah haram..Tanah haram@Mekah..

          • Aku mmg suka melancong, suka tengok tempat org, budaya org samada yang menarik ataupun jelik, anything yg berbaloi utk merenungi dan muhassabah bertapa dunia ciptaan ALLAH ni Maha Hebat, menggambarkan Besar dan Agungnya kuasa Khalik kita. Itu cara aku untuk tunduk menginsafi diri dan menjadi lebih berdaya saing. Cara setiap org berlainan, kan? Dan sekarang ni, aku tengah berusaha untuk pergi Mekah, umrah dulu pun jadi la walaupun mak aku suruh buat haji terus. Rezeki dlm bentuk masa (tuntutan kerja) tu jadi halangan. So, pada readers yang baik hati, doa2kan usaha aku diberkati. Thanx.

          • Amin….SApa setuju ngan pendapat kat BLOG ni…www.maki-hamun.blogspot.com

        • Bodo betol…org cakap bab melacung…bkn bab harta menda. Skali lg diulang….km dok bincang pasai nk g melacung kt space ka nk pusing stu dunia dgn 700k tu..ada paham ka? Kalu pusing stu dunia mcm² leh tgk keindahan alam..kalu g space nk tgk amenda…suma hitam…bumi pn jauh nun di bawah..apa pn x nmpk…gla kalu alein srg mamapus.

          Respon kepada Bior Betol
          • ni fahmi…xda blog yg lg trok ka dr maki-hamun…nama blog pn dgr mcm nak maki ja. Buat tambah dosa… Cr la blog sopan-santun ka…apa ka yg baik² skit.

        • jagan lupa keluarkan zakat,dermakan pada yg memerluka pertolongan…..

          Respon kepada ayie
      • owh..gua bukan nak kutuk. tapi teramat rendahnya permikiran orang melayu sekarang ni..dulu pemikiran orang melayu teramat tinggi cuma harta je takde..

        kalau gua ade 700k first gua wakafkan duit tu..akhirat diutamakan..dunia dikemudiankan..

        Respon kepada fahmi
        • alhamdulillah fahmi anak yg baik…wakafkan pd pakcik ye nak ye ?

          Respon kepada bukan lebai
          • trimax2 pakcik..insya’Allah. Dunia kita ni tak lama la..Cuba kaji Al-Quran balik..Ohbulan x kaji fakta2 lak ke..asyik kaji artis je..

            Bila plak nak kaji yang Kebenaran tentang Dinosaour, UFO yang tak wujud, Pertanian adalah pekerjaan pertama di dunia..

        • Budak 14 tahun rupanya, patut la bole kuarkan kata2 begini….

          Respon kepada pizza
          • akak/abang Pizza..jangan pandah rendah terhadap Bebudak@kanak2..ADiputra kelebihannya Matematik..Fahmi kelebihannya Banyak..ceh, berlagak le pulak aku ni..x baik x baik..Takbur dan Riya’..Sorry la akak/bang pizza..minta maaf yek..

          • inilah remaja yg kita cari…berfikiran dan berwawasan…pakcik pon ada follow blog Fahmi..
            memang pakcik tabik budak ni….pasti ibu bapanya pandai mendidik

          • This is meaning of tanah haram..@ untuk sesiapa yang still tak tahu apa itu tanah haram au mekah..taken from tengku google…k

            Tahukah kita bahawa Makkah mempunyai banyak nama. Sheikh Badruddin Az-Zarkashi menyebut Makkah ada 30 nama. Imam Nawawi berkata, banyaknya nama menunjukkan kelebihan bagi nama tempat atau orang yang diberikan, sebagaimana banyaknya nama Allah dan Rasulullah. Katanya lagi, kita tidak mengetahui suatu tempat yang mempunyai banyak nama selain dari Makkah dan Madinah, kerana kedua duanya merupakan sebaik baik bumi, disebabkan kerana banyaknya sifat yang dinamakan kepada keduanya.

            Jadi, di sini diperturunkan sebahagian nama nama Makkah yang disebutkan dalam Al-Quran.

            1- Makkah
            Perkataan Makkah disebutkan dalam Surah al-Fath, ayat 24. Maksud ayat tersebut ialah

            “Dan Dialah yang menahan tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan (menahan) tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah sesudah Allah memenangkan kamu atas mereka, dan adalah Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”

            Makkah di sini ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan demikian kerana Tanah Haram Makkah mengurangkan atau membinasakan dosa dosa mereka yang datang mengunjunginya, atau membinasakan orang melakukan kezaliman, atau menghapuskan pemerintah yang zalim di Makkah.

            2- Bakkah
            Perkataan Bakkah disebut oleh Allahdalam surah Ali Imran, ayat 96. Maksud ayat tersebut ialah

            “Sesungguhnya rumah yang mula mula dibangunkan untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (makkah) yang diberkati dan menjadi pentunjuk bagi semua manusia.”

            Bakkah ertinya memecah, menyelerak atau menunduk. Dinamakan demikian kerana ramai orang datang kepadanya menyebabkan orang bersesak sesak. Juga kerana Makkah menundukkan orang orang yang bongkak dan sombong.

            3- Ummul Qura’
            Perkataan ini disebutkan oleh Allah dalam surah Al-An’am, ayat 92. Maksud ayat tersebut ialah

            “Dan ini (al-Quran) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkati, membenarkan kitab kitab yang (diturunkan) sebelumnya? dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Makkah) dan orang orang yang di luar lingkungannya.”

            Disebutkan juga dalam surah Asy-Syura, ayat y yang bermaksud

            “Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran? dalam Bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk Syurga dan segolongan masuk Neraka.”

            Makkah dinamakan Ummul Qura (Ibu Kota) untuk merujuk pemusatannya sebagai :
            a- Makkah sebagai pusat bumi dan berada di tengah tengah dunia.
            b- Makkah sebagai kiblat.
            c- Makkah sebagai negeri yang paling tua.
            d- Kedudukannya yang tinggi dalam Islam.

            4- Al-Balad
            Al-Balad bermaksud negeri. Negeri di sini merujuk kepada kota Makkah. Perkataan Al Balad disebutkan oleh Allah dalam Surah al-Balad, ayat 1-2. Maksud ayat itu ialah

            “Aku benar benar bersumpah dengan kota? ini (Makkah), dan kamu? (Muhammad) bertempat di kota Makkah ini.”

            5- Al-Baldah
            Al-Baldah bererti negeri. Maksudnya negeri Makkah.

            Perkataan Al-Baldah yang merujuk kepada kota Makkah disebut oleh Allah dalam Surah al-Naml, ayat 91 yang bermaksud :

            “Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Makkah) Yang telah menjadikannya suci dan kepunyaanNyalah segala sesuatu, dan aku diperintahkan supaya aku termasuk orang orang yang berserah diri.”

            6- Al-Baladul Amin
            Al-Baladul Amin bermaksud negeri yang aman. Dinamakan demikian kerana manusia dan haiwan yang berada di kota Makkah akan selamat samaada di zaman jahilliah lebih lebih lagi di zaman Islam.

            Perkataan al-Baladul Am8in disebutkan dalam Quran Surah at-Tin, ayat 3. Maksud ayat tersebut ialah “dan demi kota (Makkah) ini yang aman.”

            7- Haraman Aamina
            Haraman Aamina bermaksud Tanah Haram yang aman. Sejak dari dahulu lagi Makkah adalah tanah yang aman. Sesiapa saja yang berada di dalam kawasana Tanah Haram mendapat keamanan. Begitu juga dengan binatang dan tumbuhan mendapat keamanan kerana dilarang membunuh dan membinasakan pokok pokok.

            8- Ma’ad
            Ma’ad bererti tempat kembali. Ia merujuk kepda peristiwa kembali Rasulullah s.a.w ke Makkah pada tahun kelapan Hijrah selepas dihalau dari kota itu oleh kafir Quraisy.

            Perkataan Ma’ad disebut oleh Allah dalam Quran, Surah al-Qasas ayat 85 yang bermaksud:

            “Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum hukum) al-Quran, benar benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Tuhanku mengetahui orang orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata”

            9- Qaryah
            Qaryah bermaksud negeri iaitu merujuk kepada? Makkah. Perkataan Qaryah yang merujuk kepada Makkah disebut dua kali dalam Quran. Satu dalam Surah an-Nahl ayat 112 bermaksud:

            “Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya? mengingkari nikmat nikamat Allah; kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.”

            Dan Surah Muhammad, ayat 13 bermaksud

            “Dan betapa banyaknya negeri negeri yang (penduduk penduduk) lebih kuat dari (penduduk) negerimu (Muhammad) yang telah mengusirmu itu. Kami telah membinasakan mereka; maka tidak ada? seorang penolong pun bagi mereka.”

            10- Al-Masjidil Haram
            Perkataan al-Masjidil Haram disebutkan sebanyak 15 kali dalam Quran. Lafaz Masjidil Haram di maksudkan dengan beberapa tempat seperti :

            a- Ka’abah
            b- Masjidil Haram dan kawasana sekitarnya
            c- Makkah seluruhnya
            d- Seluruh Tanah Haram

          • Adik Fahmi, niat mmg bagus tapi ader yg tak perlu diwar2kan, bimbang timbul fitnah. Yang afdhalnya, biar ader 700 ribu dlm akaun sendri dulu, baru cakap pasal wakaf. RM700 ribu utk budak biasa 14 tahun tu ujian berat dik, takut2 duit tu perginya ke lain di zaman yang serba serbi menggoda ke jalan neraka.

          • hrm..memang lorh..Adik ni ade pembimbing..Insya’Allah.

            Sje nak gitau : sebelum ade duit bebanyak tu, kalau dah niat akan wakafkan duit tu..lebih baik wakafkan..risau nanti pergi tempat lain macam akak/abang pizza katakan tu..Risau melambung pergi kedai 4D or Sport Toto takpun abis pergi Minum benda bukan2..tu yang risau tu..Insya’Allah kak/bang..doa2kanlah..

        • 700 k ..xpayah crita in detail la ..ingat ni borang immegrate ker??? semua nak ckp ..simpan sikit kt perut …nak crita semua tu da mcm riak …ingat !!!! tuhan xsuka org yg riak ..walaupun pegi makkah 10 kali ,zakat ,berderma ..xperlu nak crita kt org ….zero dapat !!!!

          Respon kepada jalepeno
  9. waaaaaahh ‘rendahnyaaaa’

    Respon kepada aein
  10. SETUJU NGN APPLE.
    SILAP HARIBULAN NAIK TERUS X TURUN.
    BAIK BELI GHUMAH KE, APE2 JELAH………..
    DRPD BUANG DUIT PAS TU TERUS X LEH BALIK
    KARANG MAYAT TERAPUNG KT BULAN LAK
    SAPA NAK P AMIK??????????
    JD HANTU BULAN LE…………………

    Respon kepada landak
  11. 700k??????…. kalau yg betul2 kaya n minat sgt sampai cirit boleh ler.. tengok bulan bintang kat depan umah jelah sambil mencangkung… mana tahu nampak komet hally lalu atau taik bintang… zussss…

    Respon kepada CAPRIC
  12. TUL TU CAPRIC
    MANA LA TAU KOMET HELLY TU JATUH KT DEPAN GHUMAH.
    LEH GAK BUAT DUIT………..
    LEH P KELILING DUNIA.
    HA HA HA………..

    Respon kepada landak
  13. cmana aku nk kumpul 700k ni ?
    tkkn nak mintk ngan sub-cont ?
    lingkup sub-cont kalu nk bg 700k ni… kehkehkeh

    Respon kepada pokdogol
    • pak dogol…sila baca rich dad poor dad book series…hakikatnya memang ada kat dunia ni jenis manusia yg berduit yg sampai 100 keturunan pun tak abis (tapi depend la ngan keturunan dia tu jenis pandai guna duit k tak)…

      tapi kalau takat jadi usahawan prihatin mcm kontraktor gomen payah sikit la sbb kena main rasuah banyak

      Respon kepada ladygaga
      • aku setuju dgn ladygaga….kalau tak rasuah masakan banyak bangunan tumbang sana tumbang sini ? Bila dah hulur kat org dalam, habis bajet lari …. jadi main aje BQ …potong simen ganti tepong….

        Respon kepada jerangkong
        • Couldn’t not to be agreed with u. Adik aku engineer. 5 tahun belajar kat U bout ngine, skrang ni tersadai kt umah sakit tenat akibat dikhianat org yg dengki sbb dia report mcm2 penyelewengan fizikal dlm bangunan. Dah tu kerja dia, nanti makan gaji haram plak. Rasuah jgn cakap la, dtg dari suma arah. Peluang mmg terbuka luas, ndak dgn tak ndak jer. Hospital pun x ble detect sakit apa, last skali nak tebuk dada buat autopsy. Kesian dia.

          Respon kepada pizza
          • Allah maha besar..Sabar Pizza, Hospital x leh detect napa x cuba cara perubatan tradisional..? Cara tradisional kalau pergi Darul Syifa’ cuma gunakan ayat2 Al-Quran cara rawatan dia melalui batin dan ayat2 al-Quran…ADik kepada adik saya pernah gak kena..tapi santau, nyaris Doktor tak ambik Air dari tulang belakang dia, penyakit memang x dapat detect kalau seseorang tu kena santau..Doktor main tibai je..nak ambik ape pun..tambah2 hospital Kerajaan.Tak semua la…Alhamdulillah sekarang sihat..Kesian Adik Pizza..

          • kesian adik ko pizza…. tu yg aku malas nak blk malaysia ..kita kerje kena profesional tegor ,complain pasal keje..tu biasa .. tapi org melayu xblh langsung terima ..bila ditegor skit or complain ..melenting.. tu ok la lagi ..ini pergi jumpa tok bomoh mamdrem santau ..heran betul aku mentality diorg ni ..cuba keje dgn omputih ..gaduh ,bertekak ,bagai nak rak …tapi esok baik blk ..no heart feeling ..peace ..hidup pun happy ….

        • bangunan tumbg ? ada ke? kt mana?
          tlg bgitau sket..

          Respon kepada pokdogol
  14. hai syg…hihi…salam…masuk jap je…kuar blik ar…daaaaaaaa….

    Respon kepada nissan cefiro
  15. 700 k tu bukan byk sgat. Akak pipi baru jer balik dari tengok rumah yang bernilai 600k. berangan jugak nakkan rumah tu tapi rumahnya tak le besar mana pun…so kalau kena bayar 700k untuk melancong kat angkasa tu berbaloi apa………klu ada duit usah kata 700k ………i million pun kak pipi tak ksah

    Respon kepada pipi
  16. kakak pipi buat ape????? drug dealer erk??????????? tu pasal la mampu ……………….

    Respon kepada paprika
  17. cuba korang jadi cam David Beckham or pemain bola sepak luar negara..Diorang dah boleh beli 10 biji pesawat camni..owh, bentuk pesawat niyh buruk ar..x lawa.

    Respon kepada fahmi
  18. adik adikku……….nak jadi jutawan kat Mesia ni bukannya payah sgt. Bangla ,Indon ngan Kampuchea dah belambak jd kaya dek kerana kemewahn yg melimpah ruah kat bumi tercinta ni.,, korang jer yg tak tahu caranya…klu betul gayenya toke belacan cam ezanipun leh sampai ke bulan tau..

    Respon kepada pipi
  19. ini dah cerita out from the topic ni..K la Nak out..Nanti datang komen agi entri ohbulan ni..Sorry kalau de kutuk mengutuk kat sini, mulut memang susah nak bedung..Lampas sangat mulut akuh ni..

    Assalamualaikum..

    Respon kepada fahmi
  20. semoga pengalaman Israk & Mikraj baginda Rasulallah saw. menjadi pendorong kpg bangsa Melayu menerokai alam semesta yg serba menakjubkan….

    Respon kepada bukan lebai
  21. fahmi memang dah ter lebey sudaaaaah!!!!

    Respon kepada mamamuda
  22. nkau ni anak sape ekk fahmi………..cam kenal jer

    Respon kepada pipi

Beri Respon Anda

Sertakan nama, email dan url ada jika ada!

Arkib

Anda sedang membaca entri Virgin Galactic : Kini Anda Boleh Terbang Ke Angkasa Dengan Harga RM700 Ribu.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • ibnunajat08: selepas nie TV3 kena lebih prihatin dalam membuat sesuatu iklan jgnlah pandai menyebarkan maklumat...
  • cheftwo: semoga makin sukses yuna.. :D
  • a relative: chill la. bukan dia pakai dengan baby tee pun. pakai dgn jacket. baju labuh. aku suke jek. lagipun dia...
  • pemerhati: MALU..MALU, MALU ….tidak peka, tidak sensitif. aGAMA dicampur-adukkan dgn budaya. Allah itu satu,...
  • Dins: TV3 dah tarik balik iklan tu… Cukup-cukuplah mengumpat bulan mulia ni..
  • pesod: ni sume pengaruh freemason….kita kena berwaspada
  • seorang indo Muslim: gak ada yang suruh minta maaf disini yang dibutuhkan saling minta maaf atas kesalahan masing2....
  • wan 2,3: semenjak wan zaleha tak ada, aku dah tak tgk dah tv3…hampeh
  • hehe: kalu dah mencecah 80 thn, mungkin dah bungkus kot…..
  • dajal: a-ah ….macam krismas pulak….merry xmas every body!…esp tv3…huaaaaaaa
Improve the web with Nofollow Reciprocity.