Laman Utama » Berita Terkini
Peristiwa kes rogol anak yang melibatkan seorang penyanyi hip hop telah menjejaskan reputasi baik Wan Shades ekoran tersebarnya spekulasi buruk di sebuah laman blog yang mengaitkan namanya, baru-baru ini. Laman blog itu menyebut bahawa Wan Shade antara individu yang dikaitkan dengan kes rogol berkenaan walaupun tiada bukti kukuh yang menguatkan dakwaan sedemikian.
Dakwaan berbentuk fitnah itu turut dianggap sebagai salah satu bentuk serangan peribadi kerana ia turut menjejaskan kepercayaan peminat terhadap Wan Shades. Berita sensasi itu bagaimanapun telah dinafikan Wan Shades yang dihubungi OHBULAN! sebentar tadi.
“Saya ingin menuntut blog berkenaan supaya tampil ke hadapan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan meminta maaf. Kalau mereka enggan berbuat demikian, pihak saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan surat saman. Dakwaan sebegitu bukan sahaja menjejaskan nama baik saya, malah keluarga saya turut terkena tempiasnya,” ujarnya.
Wan turut mengakui bahawa dakwaan itu memang mengejutkan pada mulanya.
“Macam manusia biasa, memang terkejut. Saya terkejut kerana ia melibatkan maruah saya kerana perkara rogol ini bukannya main-main. Senang cakap, bukan boleh bawa bergurau. Pada masa yang sama, saya mempunyai tanggungjawab sosial iaitu mengajar anak muda bersilat serta membuat pelbagai program untuk mereka. Jadi, perkara sebegini sudah tentu mengusarkan ramai pihak.”
Wan menambah lagi, “Alhamdullilah, ramai pihak yang menyokong saya kerana mereka tahu dakwaan itu tidak benar. Malah, ramai pelajar saya yang mengecam dakwaan berbentuk fitnah seperti yang disebarkan oleh blog berkenaan.”
Update berkaitan kes rogol, pihak polis masih belum mendedahkan identiti individu berkenaan kerana ia masih berada dalam siasatan. Blog berkenaan juga telah membuang arkitel fitnah daripada arkib mereka.




“@ohbulancom: OHBULAN!: Wan Shades Nak Saman Blog Sebar Fitnah Kes Rogol http://t.co/yGGtSr29“saman jgn xsaman
Blog tu tulis tajuk dan ada tanda soal di hujungnya, bukan mcm compem btl2 stetement tu kan, itu yg saya paham ler…
selagi belum sahih sape pelaku nya, blog mana pun xleh kuar kenyataan mcm tu! mcm main tuduh2…. kn x elok….
em
saman jgn x saman…poyo je lbh blog tu..bebudak blake yg tulis,tu psl x profesional…kna kasi pengajaran kt diorang..
saman je blog yg suke suki je tuduh tanpa bukti..tuiiii
dia penyanyi hip hop ke ….?mmg bengong yg tulis kat blog tu…..
Dari ramai-ramai kumpulan hip-hop kenapa pulak pilih Wan Shades? http://t.co/rX0SQKrz
aku xjumpe plak blog yg de tls nme 2…blog2 yg aku bce,xde name…mmg salah blogger 2 la sbb mention nme sedangkan benda ni xsahih lagi…polis pn tgh reman artis 2,so mcmne plak dia bleh suke2 wat PC …kan?…so mmg patut la blog 2 kne saman….ni kes jenayah berat,agk2 la pn klu nk tls….konon dia nk jd blog pertama yg tls nme penjenayah 2 kot…
saman je… bagi pengajaran skit
BKN WAN SHADES LA..SIAN DIER….GROUP LAIN….I**** NMENYE..BKAS KUMPULAN FOFULAR DLU..N PNAH JD PLAKON PMBNTU….WALLAHU ALAM…HOPE BKN DIER LA YEEE…
siapa erk??? bg klu nama kumpulannya…..plzzzzzzzzzzzzzzz