berita

Wanita Ini Kongsi 6 Masalah Utama Kepada Pasangan Yang Ingin Kahwin Muda

July 29th, 2015 | by Ash Nordin
Make-It-Senang

KahwinMuda

Kebiasaanya apabila umur kita mula menjangkau dewasa, dalam lingkungan 18 ke 22 tahun, kita akan mula mencari pasangan untuk dijadikan jodoh. Kita dengar banyak pasangan muda mula mendirikan rumah tangga, bahkan ada yang mula bertunang atau sudah berkahwin ketika dibangku sekolah lagi. Namun, ada segelintir pasangan yang tidak mampu bertahan lama.

Oleh yang demikian, wanita yang dikenali sebagai Solehah Mohd Soberi ini menyuarakan pendapatnya tentang masalah pada orang yang berkahwin muda zaman ini. Bukanlah kahwin muda itu tak bagus, tapi apa yang dijelaskan oleh dia ini memang betul-betul bernas dan logik. Mungkin anak-anak muda perlu muhasabah diri dengan apa yang dinasihati oleh wanita ini sebelum mendirikan rumah tangga.

1. Nak Nikah Muda Kononnya Nak Elak Maksiat Sampai Terlupa Akan Jadi “Madrasah Tarbiyyah”

kahwinMuda2

Dalam lingkungan umur 18-22 memang hati, diri kita klimaks nak cari pasangan. nak nikah, nak nikah muda kononnya, nak elak maksiat, nak menjaga, ada target kononnya. Berhati-hati dengan hati kita. fitrah kita rasa semua tu. semua akan alami, terlebih² lagi seorang muslimat. Asyik nak fikir soal kahwin. Sampai terlupa pasal ajal. Pasal seorang muslimat yang akan jadi “Madrasah Tarbiyyah”.

2. Macam Mana Nak Nikah? Kalau Kita Pun Tak Kuat Nak Cari Ilmu Pasal Agama

kahwin muda

(gambar hiasan)

Macam mana nak nikah? baca pun tak pandai nak tarbiyyah untuk jadi tabah. kita ni nanti madrasah untuk anak². Kita yang akan tarbiyyah anak². kalau kita pun tak kuat nak cari ilmu, nak tahu pasal agama, agak² yang lahir dari rahim kita nanti akan jadi pejuang agama? akan jadi mujahid mujahidin Islam?

3. Tak Salah Nak Fikir Soal Jodoh, Minta Pada Allah Jodoh Kita Yang Baik-baik Tapi Ustaz Ada Cakap…

Tak salah nak fikir soal jodoh, nak minta pada Allah jodoh kita yang baik-baik tapi ustaz ada cakap, “jodoh kita adalah cerminan dari diri kita jadi antumna tahu diri antumna macam mana?” Ilmu pun tak sampai sebesar zarah. bangun qiam pun kadang² alarm yang kejutkan. walaupun dah dikejutkan, tu pun belum tentu akan bangun. dhuha pun kalau sempat baru buat. nak baca al-Quran pun malas. lepas tu, asyik fikir soal kahwin

4. Doa Pasal Jodoh, Bila Allah Hantar Betul-betul, Solat, Baca Al-Quran Dah Tak Khusyuk Macam Sebelum Ni

KahwinMuda3

(gambar hiasan)

Terlalu mencari pencinta sampai lupa pencipta. Diakhir doa solat, selalu sebut pasal jodoh. Bila Allah hantar betul-betul. Terus setiap masa ingat kan “jodoh”. Masa makan. masa belajar. Sampaikan waktu solat pun asyik terbayang. Nak baca al-Quran pun dah tak khusyuk macam sebelum ni. Allah. Cepat sungguh lupa pencipta. Bila dah pandai kenal pencinta. Kononnya, bakal Imam. Tak sedar diri ni tak lama lagi akan jadi jenazah.

5. Niat Sebenar Dah Lari Dari Landasan

KahwinMuda1

(gambar hiasan)

Betullah kata seorang murabbi ni, “malapetaka besar itu datangnya dari percintaan.” Niat sebenar sedikit sebanyak dah lari dari landasan. Kejar balik. cari balik. Kadang, bila dah niat lari. automatik Allah tarik balik apa yang kita dapat sebelum ni.

6. Jodoh. Jangan Hadir Disaat Sedang Mencari Cinta Ilahi

KahwinMuda5

(gambar hiasan)

Jodoh. Jangan hadir disaat sedang mencari cinta Ilahi. Kerana hati ni lemah. Iman ini goyah. Diri ini terkadang lemah. Cinta? hati? simpan untuk yang layak memiliki. Biarlah untuk Ilahi. Jika kerana dia, menjadi lalai dari menyintai Ilahi. Berusahalah untuk menjadi bidadari syurga, serikandi Islam dan madrasah tarbiyyah. In sha Allah. Muhasabah diri kejap 

Sumber : Facebook Solehah Mohd Soberi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×