berita

Wanita Ini Kongsi Penderitaannya Bersuamikan ‘Ustaz Kasanova’ 13 Isteri

September 7th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

suami

Dalam dunia ni, tiada siapa yang meminta untuk bercerai-berai dengan suami yang disayangi. Lebih-lebih lagi jika telahpun dikurniakan anak sebagai pengikat kasih sayang.

Bagaimanapun, Nur Atika Mohd Haris akur bahawa jodohnya dengan seorang lelaki yang dikatakan ‘ustaz kasanova’ itu berakhir di tengah jalan.

Ikuti kisah wanita tabah ini dan diharap wanita lain berwaspada supaya tidak terperangkap dalam situasi yang sama.

Rasanya Razis dah jumpa wanita solehahnya

Screen Shot 2015-09-07 at 11.26.20 AM

Sedikit ulasan sy sebagai pemberi maklumat kpd pihak metro. Tentang wanita yg ditahan oleh JAIS (berpurdah hitam + bertudung putih)

Maaf utk sy sebut, wanita itu sgt diragui utk di sebut sebagai istri razis. Dahulu pun sblm sy tahu yg dia bersubahat dgn razis, dia sangat pandai berlakon pd sy. Sy dtg bersama kakak & abg angkat sy utk menziarahinya. Dia menangis hingga kami amat bersimpati kepadanya seolah-olah dia juga mangsa razis.

Tapi, hingga kini dia masih bersama razis…(kasihan pd 2 org anaknya yg bersama razis sbb tak boleh berbinkan/berbintikan nama razis sbb pernikahan mereka tidak sah.) Walaupun tahu tidak sah, dia terus bersama razis.

Rasanya razis dah jumpa isteri solehahnya(wanita tersebut) tp mengapa masih lagi mencari mngsa2 baru? Utk wanita tersebut , “sudah2 lah kak bersubahat dgn razis. Kasihan anak2 akk yg dilahirkan tnpa blh berbin/bintikan ayah mereka sendiri. Sy sgt pelik, walau mcm ni razis buat pd ank akk..kenapa akk masih terus bersama razis? Akk tahu razis terus mencari mngsa, mengapa akk biarkan? Kenapa akk bersekongkol dgn dia kak? Bukan dia je lelaki di dunia ni. Ramai je lelaki yg blh jaga akk lebih baik dr razis.

Sekurang2nya…fikir nasib ank2 akk tu. Kenapa sy sgt peduli pd anak2 akk tu? Sbb ank2 razis yg dgn akk tu adalh adik bradik AdaSha. Mereka 1 ayah kak….berhentilah menonton wayang razis menindas mngsa2nya. Akk seorang wanita, akk seorang ibu, sewajarnya akk faham apa yg sy cuba sampaikan. Fikirlah nasib anak2 akk. Mereka akan dewasa. Bygkan perasaan mereka melihat nama pd surat beranak mereka bukan nama ayah mereka.”

Sebenarnya, sy sgt berharap wajah razis ditunjukkan di akhbar. Bukan kita nak buka aib dia. Tp, sebagai berjaga2 utk org di luar sana. Yg ada fb, tahu viral ni…mungkin akan berjaga2. Yg tiada fb? Mereka membaca akhbar shja. Kemungkinan, mereka blh mnjadi mangsa seterusnya (moga Allah jauhkan kita semua dr perkara itu).

Mudah-mudahan usaha yg sedikit ni dpt menyelamatkn saudara seislam kita dr menjadi mngsa. Biarlah AdaSha menjadi zuriatnya yg terakhir yg tak pernah mengenali ayahnya. Jgn ada anak2 yg menerima nasib yg sama selepas ini. Bg adik beradik AdaSha yg lain, kita satu family…1 family yg besar. Rasa sakit kita kongsi bersama, rasa manis kita tebarkan sesama kita. Ada hikmah kita disatukan dlm cara ini.

Sy tak mampu menghalang si dia dr terus melakukan kezaliman. Tapi inilah usaha sy. Moga sy tak ditanya di akhirat nanti. Kepada pihak berwajib, sy rela dipanggil utk mnjadi saksi/memberi keterangan.  Tolonglah….tolonglah saudara seislam kita. Jgn biarkan ia terus bermaharajalela/mempermainkan agama Islam. Anda ada kuasa dan kuasa itu amanah. Teruskan berdoa…..

Bagaimana kenal Razis?

Screen Shot 2015-09-07 at 11.30.55 AM

Sy kenal razis pd tahun 2011. Permulaan perkenalan kerana dia ingin menerbitkan buku yg sy karang. Katanya, dia dah baca di blog sy dan berminat nak terbitkan. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, sy terima pelawaan tersebut. Jadi, kami berjumpa di sekolah sy untuk sy berikan soft copy novel sy.

Tak lama selepas itu, razis dtg beritahu hasrat hatinya utk memperisterikan sy. Sy diam tak beri jawapan. Kemudian, dia bawa pula mak dia (bukan mak upahan, mmg mak kandung) pujuk sy. Mak dia layan sy macam puteri. Kata mak dia, razis tak pernah cerita pd mak dia pasal perempuan dgn sungguh2. Tapi, mmg razis sungguh2 cerita pasal sy pd mak dia (mak mertua sy juga).

Tambah razis lg, dia mahu sy bimbing mak dia. Mungkin bila perempuan (mak dia) sesama perempuan (sy) maka dakwah lebih mudah. Tapi, sy masih tak beri jawapan. Oh ya….sebelum tu, perlu sy beritahu yg sy sangat sibuk orangnya. Ke sana ke mari bersama sahabt baik sy ke majlis ilmu. Pagi hingga malam. Jadi,razis kata tak manis perempuan tanpa mahram lelaki ke sana ke sini meskipun mencari ilmu. Ya…yg itu sy akui.

Sy sangat minat belajar pd saat tu. Sebab tu aktiviti sy penuh dengan menghadiri kelas2 agama.
Dan razis cakap, jika sy menjadi isterinya, dia akan menemani sy ke majlis ilmu. Bahkan dia akan masukkan sy ke ipt utk menyambung pengajian sy.

Masa tu sy mula istikharah. Bg sy, permulaan perkenalan itu kita sudah seharusnya mbuat istikharah. Bukan bila dah ada perasaan syg. Sy masih tak dapat jawapan. Dan sy tak rasa apa2. Hanya, hubungan sy dgn family razis sangat akrab. Lebih2 lagi dgn mak & adik perempuan razis.

Sy beritahu kpd ummi. Ummi minta sy bawa razis jumpa ummi. Pertama kali razis dtg jumpa ummi, razis dah jd Imam di rumah kami. Sebab, kebetulan azan berkumandang. Satu yg sy puji adalah suaranya yg mmg baik dlm melantunkan ayat Quran. Sepanjang dia berborak dgn ummi, byk ayat2 Quran yg dia masukkan.

Kemudian, kami bertunang. Family dia semua datang. Hantaran sy & dia, dia yg keluarkan modal. Kira kami mmg tak buat apa2. Mak dia yg carikan cincin tunang utk sy. Seriously mcm org yg tak pernah ada menantu. Caring sgt mak dia pd sy. Masa tu, mcm org lain juga. Kita cuba check background bakal suami, “soal siasat” bakal mertua, family razis sgt memuji razis. Mereka cerita bersungguh-sungguh kealiman razis. Jadi, macam mana lagi kami nak siasat? Tak kan nak guna polis pula.

Pernikahan kami sepatutnya berlangsung sebulan selpas pertunangan. Tapi dipercepatkan sebab kata razis, jawatan sebagai Imam 1 di Singapor akan dilucutkan. Alasannya, imam 1 menikahkan org, jd imam 1 juga mesti adalah drpd org yg berkahwin. (Susah sy nk explain yg ni)

Ummi menolak dipercepatkan. Mak razis dtg ke rumah sy memujuk ummi. Katanya, nak sangat sy menjadi menantunya. Tak cukup dengan itu, razis meminta orang masjid memujuk ummi (kebetulan dia sudah diterima oleh org masjid). Katanya, sesiapa sahaja yg menolong perkahwinan dia & sy, maka dia akan bawa pergi umrah. Maka berduyun-duyun org datang rumah utk pujuk ummi. Sy masih terus beristikharah…

Akhirnya, ummi terima sebab razis &familynya sgt2 menunjukkan kesungguhan mereka.
Pernikahan sy juga dihadiri family razis. Semuanya ditanggung razis. Dari kenduri, membeli gelang emas hadiah pernikahan, hantaran dan semuanya. Maka, jadilah sy isterinya.

Selepas itu,sy selalu mengikutinya ke majlis2 ilmu yg dia sendiri beri tazkirah. Sy selalu mengutip derma di jemaah perempuan. Katanya utk Tahfiz, anak yatim dan lain2. Semuanya baik berjalan lancar.Tapi, razis sangat perahsia. Kalau masuk tandas, handphone dia bawa sekali. Pada handphone nya siap ada password. Tapi, masa tu sy diam je. Takut jd isteri nusyuz. Taat je perintahnya.

Hinggalah 1 hari, sy mengikutinya ke kuliah subuh di sebuah masjid. Kepala sy sangat pening masa tu. Di kegelapan subuh, razis buka torchlight handphone dia sbg penerang utk dia betulkan serban dia.

Sy kata nak rehat di kereta sahaja. Sy tertidur. Bangun tiba2 dan melihat razis tiada. Kedengaran suara razis memberi ceramah di masjid. Sy nak sambung tidur tapi tiba2 sy nampak cahaya dr torch light hp razis. Niat sy nak matikan shja supaya bateri hp tak membazir. Entah apa yg sy tekan, tiba2 terbuka mesej masuk razis. Membaca ayat2 manja dlm peti masuk tersebut menjadikan sy bertambah pening dan lemah. Menguatkan semangat utk call no dlm inbox tersebut. Kedengaran suara seorang perempuan dgn suara manja. Sy xkuat masa tu jadi pengsan sekejap.

Sedar2 razis di sebelah sy. Sy tanya siapa perempuan tu dan kemudian razis kata, wanita tu adalah bekas isterinya. Sy sgt terkejut. Bekas isteri? Tapi, sy maafkan juga razis masa tu. Sy slalu contact wanita tu tnya khabr dia (kak su).

Nak dijadikan cerita, selepas tu sy kenal pula dgn wife razis yg lain. Macam nak kiamat dunia ni sy rasa. Wife yg ni beritahu perangai sebenar razis. Segala bukti ditunjukkan pd sy. Ketika tu sy sedang mengandungkan AdaSha.

Barulah sy tahu penipuan razis dan kak su. Sy minta tolong pd mak razis. Boleh pula mak dia ckp yg tak nak masuk campur hal rumah tangga sy. Padahal, dia yg nak sangat sy jd menantunya.

Sy minta petunjuk Allah. Makin banyak penipuan razis di tunjukkan di hadapan mata sy. Sy tak mampu utk kuat dlm perkahwinan tersebut maka sy minta razis lepaskan sy. ” aku tak kan lepaskan kau hingga bila2.” Jawab razis. Rasa lemah teramat.

Maka, sy pergi ke mahkamah dgn menaiki motorsikal. Semangat anak dalam perut menguatkan sy. Sy mohon fasakh. Dalam tempoh fasakh, sy fikir yg sy tak mungkin berdiam diri melihat razis terus melakukan tipu dayanya. Tapi, sy tak boleh buat apa. Hanya petunjuk dr Allah sy minta.

11 ogos 2012 sy selamat melahirkan kembar sy yg di beri nama rabiatul adawiyah & aisyah humaira. Saat tu sy sedar dlm umur sy 22 tahun sy perlu menjadi ibu dan ayah kpd kembar sy. Nurse di hospital asyik bertanya di mana ayah si kembar? Sy hanya jawab dia bekerja. Ummi lah yg mengiqamahkan AdaSha. Seriously sy sgt sebak masa tu.

Rupa-rupanya, saat sy bertarung nyawa melahirkan AdaSha, razis sdg duduk dengan bahagianya di pelamin dgn isteri barunya (kesian isteri yg ni juga) Sy terus berdoa, minta petunjuk Allah. Dan pd 2012 viral terjadi dgn sendirinya. Bagaimana? Apabila wife yg terbaru pd masa tu terjumpa gambar nikah sy dgn razis. Sedangkan pada sijil nikah mereka, status razis adalah teruna.

Pendekkan cerita, viral sana sini…razis ditahan (yg video dlm u tube) Sy ingatkan dia dah insaf. Rupa2nya…masih mencari mngsa baru hingga tahun ni. Sy anggap, Allah pilih sy utk halang razis dr terus berlaku zalim. Allah pilih sy jd isterinya supaya sy tak mudah mengalah. Bila sy dh rasa apa yg dirasai oleh isteri razis sy jadi kuat. Hanya yg menjadi isteri razis tahu kisah sebenar-benarnya. Bila sy rasa penat dgn semua ni, sy akan bakar semangt sy dgn menghubungi wife2 dan zuriat razis. Allah bg sy rasa menjadi mangsanya. Sangat sakit. Sebab tu sy tak nak org lain juga rasa kesakitan itu.

Sy redha jalan cerita sy. Tapi, sy tak redha atas perbuatan razis. Sungguh sy tak redha. Sy tak menyesal pernah menjadi salah seorang isterinya. Sy tahu, jalan cerita Allah itu tak seperti yg ada pada skrip drama di TV. Mungkin sebelum ni kita tak nampak hikmah Allah takdirkan begitu. Tapi, percayalah…sampai masa Allah akan tunjuk hikmah tersebut.

Ini kisah sy. Bagaimana dgn wife razis yg lain? Bagaimana pula dgn wife razis yg paling lama dgn razis. Sy dgr cerita mereka pun blh mengalir air mata. Apa yg sy rasa tak lah sehebat ujian yg Allah timpakan pd mereka. Sungguh, mereka insan terpilih. Sama2 kita doakan razis mndapat Hidayah petunjuk.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×