berita

Wartawan Pelik Aaron Nafikan

April 12th, 2012 | by M | 15 comments
Kini Trending

Wartawan Pelik Aaron Nafikan

Kenyataan : Artikel ini dipapar semula daripada Hazrey.com

Selasa lalu, kecoh satu dunia, dunia yang memahami Bahasa Malaysia dan dunia yang pernah menonton Ombak Rindu dan Sembilu, tentang bagaimana seorang Timbalan Presiden sebuah persatuan yang berniat menyatukan semua pemain industri drama dan perfileman di negara ini. The magic word is ‘menyatukan’.

Aku tak mahu komen lebih lebih sebab pelakon favourite aku – Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dah pun beritahu pada Zed Zaidi – jangan lebih-lebih, maka aku pun akan ikut nasihat Abang Harun – jangan lebih lebih pasal komen Zed Zaidi.

Tapi, sikit jek aku nak komen pasal kenyataan Zed Zaidi tu. Kata Abang Harun, itu pendapat peribadi dia dan aku setuju. Dan aku juga akan setuju kalau Zed Zaidi letak jawatan sebab kredibiliti dia sebagai seorang Timbalan Presiden boleh dipersoalkan, apatah lagi bila dia letak poster parody Ombak Rindu menggunakan wajah Mr Bean melalui teknik superimpose pada wajah Aaron Aziz. Ya, Zed Zaidi perlu letak jawatan.

Apapun, portal hiburan – gua.com tepat jam 12.01 malam, 11 April lalu menyiarkan satu post bertajuk Permohonan Aaron Diluluskan, Tunggu Masa Untuk Ambil Kad MyPR?

Sebenarnya, pemberian kerakyatan kepada Aaron aku kira sangat baik kerana kita boleh ‘menyimpan’ bakat lelaki ini dalam negara.

Kita lihat bagaimana Singapura yang ketandusan pemain bolasepak, mengimport pemain luar dan memberikan kerakyatan kepada pemain terbabit. Namun ia bukan bermakna republik itu sendiri ketandusan pemain berbakat. Tidak.

Ia lebih kepada memberikan satu benchmark kepada pasukan itu sendiri.

Sama seperti kes Aaron, ia memberikan satu benchmark kepada industri. Ia sesuatu yang sangat positif dan tidak boleh dilihat sebagai ancaman. Kenapa kita perlu lihat ia sebagai ancaman? Kita perlu lihat apa yang ada dalam diri Aaron hingga dia laris dan memiliki satu chemistry dengan penonton. Kita perlu tanya kenapa, kita perlu kaji itu semua dan jadikan ia benchmark kepada diri kita.

Lihat kepada M Nasir. Kehadiran M Nasir membawa nafas baru kepada industri. Kita tahu M Nasir yang dulunya rakyat Singapura, seorang yang bersifat kritis dalam menghasilkan lagu-lagunya. Dia tahu apa yang boleh jual. Di situ ada nilai komersil. Jika kita cipta lagu ikut syok sendiri, lelama esok senarai syarikat rakaman yang bungkus lebih banyak dari artis yang lahir di negara ini.

M Nasir membawa satu benchmark. Bukan ancaman. Sama seperti kes Aaron. Ini satu bakat yang perlu kita simpan dalam negara kerana Malaysia memberi peluang lebih baik kepada bakat seperti ini namun ia masih dapat dinikmati rakyat seberang Tambak. Ia lebih meluas. Ia lebih kepada persaingan sihat.

Hari ini, bagaimanapun, Aaron menafikan menerima taraf pemastautin tetap, malah risau permohonan tertangguh akibat berita palsu.

Aku harap apa yang dikatakan Aaron ini juga bukan palsu.

Pada 10 April lalu, aku juga berada di Sri Pentas untuk menghadiri satu mesyuarat dan aku juga dengar pelakon handsome ini turut berada di tempat yang sama. Tapi aku tiada perancangan untuk berjumpa dengan dia sebab, pertamanya – aku bukan Timbalan Presiden Seniman yang mengidam nak bergambar dengan trofi dia.

Aaron khabarnya memulakan sesi wawancara bersama Malaysia Hari Ini (MHI) pagi Selasa lalu dan terus bersambung tengaharinya untuk program Wanita Hari Ini (WHI).

Selepas itu, Aaron bertemu krew Melodi dan gua.com sebelum singgah di bilik berita TV9 untuk turut diwawancara bagi slot berita malam itu.

Sudah kebetulan aku di situ, dan wawancara baru selesai dengan krew Berita TV9, aku pun ambik kesempatan bertanya dengan dia mengenai cetusan pendapat Zed Zaidi. Aku sempat twit apa yang dikatakan pelakon ini antaranya: “Saya tak kisah, kalau dia nak ambil gambar dengan trofi saya.”

Aku gelak sungguh sungguh dengan statement Aaron itu. Dan memandangkan Zed Zaidi tiada di situ, aku terpaksa mewakilkan Zed.

Apapun, Aaron seorang yang rendah diri dan mudah mesra dengan orang. Dia tak pun buat muka sentap atau rimas bila ramai yang nak ambil gambar dengan dia termasuk aku. Aaron tentu ingat lelaki mulut busuk yang pegang trofi tu. Selepas sesi untuk aku riakkan diri ini, aku ada bertanya pada Aaron sama ada dia sudah mengemukakan permohonan kewarganegaraan dan aku juga bertanya mengenai permit ikhtisas.

Ketika aku bertanyakan soalan ini, kami masih lagi dikelilingi tak kurang dari enam wartawan di bilik berita TV9 itu. Aaron sempat mempersoalkan kenapa Zed Zaidi perlu mempertikaikan kemenangannya walhal dia sendiri ahli persatuan dan aku bersetuju dengan pendapat itu.

Ketika aku tanya mengenai permohonan Penduduk Tetap (PR), ini jawapan ringkas Aaron:

“Sebenarnya permohonan saya dah diluluskan, tunggu nak collect jek,” kata Aaron dan pada masa ini aku yakin dia tidak ketawa malah kedengaran serius.

Dan ketika Aaron bercakap ini, kami masih lagi dikelilingi tak kurang enam wartawan di bilik berita TV9.

Bila aku tanya lagi mengenai bilakah dia akan collect, dia menjawab “tunggu masa sebab sibuk sekarang” dan ketika itu kami masih lagi dikelilingi tak kurang enam wartawan di bilik berita TV9.

Tetapi hari ini, Aaron menyebut melalui laporan Berita Harian di sini, dia tak pernah cakap sebagaimana dilaporkan gua.com.

“Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat.

“Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur,” katanya dihubungi Berita Harian, semalam

Selasa lalu, aku tak hantar hantu raya belaan aku untuk menghadiri meeting di Sri Pentas. Aku hantar diri aku sendiri maka yang mendengar kenyataan dari mulut Aaron itu adalah aku. Itu aku pasti.

Tetapi Aaron sebenarnya boleh menghubungi aku sebab dia sendiri sudah mengikuti twitter account aku di @Hazrey kalaupun hendak menarik balik statement tu dan bukannya menafikan apa yang sudah dilafazkan ketika di bilik berita TV9.

Selama aku jadi wartawan, aku tak pernah lagi tulis benda yang aku tak pernah dengar atau dari sumber yang tak sahih. Inikan pula aku dengar dari sumber itu sendiri.

Apapun, aku harap Aaron yang menyatakan mengenai status PR itu bukan Aaron dari wax museum atau impersonator yang cuba mengaburi aku.

Aku juga harap Aaron tidak menghidap penyakit amnesia.

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

15 Comments

  1. aku tak minat sangat says:

    hahaha..tulisan terbaeeekkk…bagi aku retis ni sama jer…berlakon bukan saja dlm set..dlm hidup realiti pon berlakon!!!!!

    (0)
  2. over says:

    tu la jangan play2 dengan hazrey, most vocal tau!

    (0)
  3. cik gebu says:

    alah….wartawan ni tali barut zed zaidi ni…kecoh je…puih…

    (0)
  4. mamaamer says:

    AA lidah bercabang 2

    (0)
  5. Zed Zaidah says:

    Beselah.. ini tanda dia xkan kekal lama dlm industri ni. Mcm yg dia sendirI ckp kalau dia ditakdirkan jatuh selepas kemenangan tu dia redha… AKU NAK BG NASIHAT SIKIT LAH PD RETIS2 SEKARANG NI! BARU SEKALI MENANG AWARD DH BERLAGAK & BUAT PERANGAI. CONTOHILAH SITI NURHALIZA. TGOK BAPE TAHUN DIA BOLEH MAINTAIN NAMA DIA DLM INDUSTRI. SEBAB DIA JUJUR & PANDAI JAGA HATI PEMINAT!

    *dah masak sgt dgn peranagi retis2 yg mcm ni!

    (0)
  6. Harun Aziz says:

    Pada pendapat saya, Pak Cik Aaron Aziz ni terkeluar statement beliau bercakap sedemikian adalah kerana beliau sedang marah atau sedang rancak perli Encik Z yang tidak matang itu. Biasa lah orang kan kalau rancak bersembang semua benda cakap otak tak sempat nak proses. Pak Cik Aaron Aziz ni dia nak kata dengan harapan suatu hari nanti dia jadi rakyat Malaysia “To Mr. Z kau takdek hak nak down standard aku sebagai bukan rakyat Malaysia”. Saya berharap rupa dan bakat Pak Cik Aaron Aziz ni menjadi milik Malaysia. Legend KOT!

    (0)
  7. Malisa says:

    paling pelik bila aoron kata dia pembayar cukai kepd lhdn.. kalau singaporean apa kejadahnya bayar tax melainkan dah dpt taraf warganegara

    (0)
  8. JustMe says:

    well…kita tgu & lihat sj. cool la.. yg pnting skong prfileman negara & doakan spya bnyk karya & idea “awesome” yg dpt d prsembahkan dri penggiat filem. soal lyak ke x AA dpt status krkyatan & isu hot ZZ tu mmg la bikin “panas” tpi x untung kita komen bnyk2 depend on them..kita tgu sj la…Tuhan akn bktikan siapa btul, siapa salah… =) (peace!)

    (0)
  9. pewit says:

    korang rasa rasalah, senang ke kita org melayu nak dpt PR kt singapore?? saje nak tanya….. ;)

    (0)
    • shah says:

      FYI insya-allah senang nak dapat PR kat singapore, itupun kalau kahwin dengan org sini… Ataupun your salary more than $2000… So insya-allah lah AA mesti dapat PR kat m’sia… Tapi take times…

      (0)