"Ya, Saya Pernah Ditegur Allah" - Lelaki Ini Kongsi Kisah Bayinya Yang Meninggal Dunia Semasa Dilahirkan

berita

“Ya, Saya Pernah Ditegur Allah” – Lelaki Ini Kongsi Kisah Bayinya Yang Meninggal Dunia Semasa Dilahirkan

July 22nd, 2015 | by Noraniza | 9 comments
406
reads
51
shares
Kini Trending

Screen Shot 2015-07-22 at 10.39.03 AM

(Gambar Hiasan)

Sekarang ni, dah jadi macam kebiasaan bila semua perkara yang berlaku seharian akan diupdate di laman sosial.

Dek kerana itu, kita mungkin tidak sedar bahawa ada individu yang terkilan dengan ‘kebahagiaan’ yang kita miliki. Malah, kita leka bahawa bila-bila sahaja kurniaan daripada Allah SWT itu boleh ditarik balik.

Ikuti pengalaman pahit dikongsi oleh Shafiq Abu Bakar ini yang boleh dijadikan iktibar untuk diri sendiri.

Screen Shot 2015-07-22 at 10.47.20 AM

(Gambar Hiasan)

Kagum dengan kawan2 yang tk pernah update life diorg dalam fb.. sedar2 dah 2 orang anak.. ini patut dicontohi.. teguran allah yg lepas patut dijadikan ikhtibar.
Ya, saya pernah ditegur allah.

Siapa yang tidak gembira bila mendapat tahu yg kita akan menerima orang baru. Setiap bulan setiap minggu kalau boleh nak update. Setiap kali pergi check up sy akan update untuk memberitahu semua orang.

Belum lahir lagi kedunia lagi si kecil ini saya sudah update macam2. Pergi shopping baju dan keperluan dia sy update di fb. Apa yang sy baca pasal si kecil sy update di fb. Dengan harapan orang lain tahu sy bakal menimang cahaya mata.

Screen Shot 2015-07-22 at 10.50.42 AM

(Gambar Hiasan)

Apa yang saya tidak tahu? Ada rakan2 saya yang masih tidak punyai rezeki menimang cahaya mata sedang membaca status saya. Apa perasaan mereka bila baca status saya? Tambahan pula apabila mereka lebih awal berkahwin daripada saya. Itu kesilapan terbesar saya. Ya.. saya tidak peduli. Sy masih lagi memuatnaik foto baju dan kelengkapan baby. Update macam2 status pasal si kecil ini yang sy fikir semua orang kena tahu (sebenarnya diorg taknak tahu pun).

Allah nampak dan tahu niat ku tidak betul. Lalu dia menegur. Disaat waktu nya telah tiba untuk sikecil itu menjengah kedunia.. hmm. Allah menjemputnya pulang ke tempat asalnya.

Jikalau si kecil itu hidup…? Sudah pasti akan di upload dan di update pasal si kecil itu. Mungkin sy tk sedar yg sy sudah mengguris perasaan rakan2 yg belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Ini hanyalah sekadar perkongsian untuk dijadikan tauladan dari pengalaman saya sendiri. Mohon maaf jika ada yg terasa hati dengan sy. Niat sy bukan nk perlekeh sesiapa. Ini pengalaman sy.

Sumber: Facebook Shafiq Abu Bakar

9 Comments

  1. Pandai says:

    Yup, kwn aku sorg camtu.. br peknen dahhh semua 1kelas tau yg dia alah, tgk enfon alah, naik keta alah.. upload la yg die ngidam laki dia beli haritu gk.. ermm, last2 gugur smpai skg xpeknen.. so dia upload la kt ig ckp jgn tnye dh peknen ke blom sbb dia xsuka.. ermm, dulu dia xtau betala annoyying nye ktrg.. klu plan apapa je, mst dia ckp “alahhhh, aku mabuk laa”.. padan muka dulu blagak sgt!..

  2. value says:

    Btul lh pe yg lisa surihani wat kn?x mau trllu obses dn show off sgt psal pregnt dia.x mcm certain retis yg lbih kn ank dr karier sndri yg dh suam2 kku.baik jd cm johan..x xpose ank2.

  3. Sha says:

    Hal ni sensitif sikit. Rasanya tak salah nak update pasal hal mengandung atau ada anak sebab ada je kawan yang akan doakan benda yang baik untuk anak tu. Kita yang belum ada rezeki ni pun tak boleh la ikutkan hati & perasaan sangat. Kalau kita doakan benda yang baik untuk orang lain InsyaAllah rezeki kita akan murah. Tapi yang dah ada rezeki tu kena ingat untuk bersederhana dalam update tu. Kalau setiap jam nak update, memang orang meluat.

  4. makcik says:

    alahh..otak mane otak??mane ko tau Allah ambil anak ko blk sbb ko trlampau exposekan ke media sosial??ko yg terlebih sentap sbb spi skrg x beranak mandai2 nak salahkan umat2 yg rajen update perihal anak …parents mn yg x excited tgk perkembangan anak

    • Nurkasih86 says:

      Ala..org dulu2 pun excited jugak dpt anak..tp xdela expose satu dunia

    • Pandai says:

      Akua ade je otak cuma annoyying gila babi.. ko ke org tu? Ke spesis cmtu, elom la Allah tarik blk.. pastu bajet alim itu ini haram dosa.. cm kau la! Ko yg xde otak

  5. Annonimous says:

    I beg to differ la.. u have to have the art to socialize on fb. Rata2 kita di fb ni kawan
    If ada.kawan yg sakit hati dgn kebahagiaan kita bukan kawan namanya. If they hate it so much unfriend senang. Dalam menghadapi dugaan dan ujian dari allah taala ni kita kena pk dalam2 mcm mana kita nak terima semua tu. Bukan semua org yg update their activity on fb tu sbab nak menunjuk. Dan bukan semua musibah yg dtg pada kita tu sebab kita sort of like show off what we have. Kalau camtu sok2 keta berlanggar sbb tunjuk kat org kita ada keta? Rumah terbakar sbb ambik gambar depan rumah upload kat fb? Nonsense la… to me its how u see life and how u come to the fact tht hidup ini dah begitu allah tentukan
    Sebelum dia tunjuk ganbar ke apa ke memang dah tertulis anak itu ahli syurga kelak membawa syafaat buat ibubapanya. Bukanke anggapan itu lebih afdah dan indah dr pk ooo ni semua sebab aku menunjuk. Wallahualam.

  6. haniliza says:

    Sebenarnya bukan la kita update mgenai cahaya hati tu utk menunjuk tapi utk mgatakan kita sangat gembira dan ingin berkongsi bersama…sekiranya ade kawan or kenalan ingin mencuba utk kesuburan n kehamilan n kesihatan dalaman or luaran in sha Allah saya ingin membantu..sebab kini saya mencari kesihatan tu keutamaan keluarga saya.saya mengalami sakit sangat selepas bersalinkan ank ke2 tapi kini aaya kembali sihat..alhamdulillah