berita

Yana Samsudin Ditawar Range Rover RM500 Ribu Oleh VIP

November 24th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-11-24 at 10.53.44 AM

Baru sahaja semalam kami update isu mengenai aktres ini yang telah dikritik kerana memakai skirt agak singkat di sebuah majlis baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Foto Yana Samsudin Berskirt Pendek Dihentam Netizen

Tapi, berita yang dilaporkan oleh The Star ini nampaknya lagi panas! Menurut akhbar tersebut, Yana Samsudin mengaku bahawa dia pernah cuba didekati oleh VIP yang menawarkannya kereta Range Rover bernilai setengah juta.

Malah, Yana turut memberitahu bahawa dia juga pernah ditawarkan sebanyak RM30,000 oleh seorang Datuk Seri semata-mata untuk ‘drinking session’. Fuh! Masyuk!

range-rover-evoque-victoria-beckham-1

Adakah kereta mewah ini yang ditawarkan oleh VIP kepada Yana Samsudin?

“Saya menolak tawaran tersebut kerana ia mungkin mempunyai motif lain. Bagaimana jika pil tidur dimasukkan dalam minuman saya ketika itu?”

Menurut Yana lagi, jemputan itu dilakukan menerusi orang tengah yang mendakwa bahawa VIP berkenaan mahu merahsiakan hubungan mereka.

Selain Yana, Mira Liyana juga pernah cuba didekati oleh golongan sedemikian yang turut menawarkan barang kemas, tas tangan berjenama, jam tangan dan wang tunai.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×