berita

Yatt Hamzah Menyesal, Tak Jadi Bercerai Selepas Ke Syria

March 30th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-03-30 at 11.28.52

Alhamdulillah, kami rasa ramai yang bergembira dengan khabar berita ini. Iyalah, siapa yang sukakan perceraian, betul tak?

Jika sebelum ramai terkejut apabila Yatt Hamzah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, kali ini Yatt mengakui dia menyesal dengan tindakannya itu.

Malu Diri Sendiri Cepat Melatah

Screen Shot 2015-03-30 at 11.26.51

Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.

Banyak perkara yang menyedarkan saya dengan apa yang saya hadapi sekarang tidak seteruk mana pun.

Screen Shot 2015-03-30 at 11.31.27

Tindakan itu membuatkan saya malu dengan diri sendiri yang cepat melatah dengan membawa masalah rumah tangga saya yang tidak seberapa ini ke mahkamah.

Balu-balu wanita disana terlalu tabah hingga mereka tidak mahu berkahwin lain semata-mata untuk bersama suami di syurga nanti.

“Hanya Dia Lelaki Terbaik Untuk Saya…”

Screen Shot 2015-03-30 at 11.37.58

Saya sedar hanya dia sahaja lelaki terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya.

Insya-Allah doakan yang terbaik agar kami terus bersama sebagai suami isteri.

Sekadar mengimbas kembali, Yatt telah memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu.

Bagaimanapun, pada 12 Mac lalu, pelakon itu dan pasangannya meminta tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka cara baik.

Sumber: mStar Online

SKIP THIS AD ×