berita

Yatt Hamzah Tunggu Masa Sesuai Beritahu Status Perceraian

March 1st, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-03-01 at 12.29.38 PM

Sekitar minggu lalu, dunia hiburan tempatan kecoh seketika dengan berita kononnya selebriti cantik manis, Yatt Hamzah telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Mutalib.

Namun, yang buat kami pelik apabila Yatt sendiri telah memuat naik sekeping foto bersama suami dan anaknya dalam keadaan gembira. Siap bershopping lagi!

Artikel Berkaitan:

Korang mesti nak tahu apa sebenarnya status Yatt dan suami kan? Jom ikut kami baca laporan dari Sinar Harian ni.

Yatt Tak Mahu Ulas Lanjut

Screen Shot 2015-03-01 at 12.29.14 PM

Menurut laporan tersebut, Yatt mengambil keputusan untuk tidak mengulas mengenai perkara ini kerana sedang sibuk dengan misinya membantu rakyat Syria untuk bantuan musim sejuk bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Mapim di negara berkenaan.

Doakan Yang Terbaik Buat Keluarga

Screen Shot 2015-03-01 at 12.30.19 PM

Doa adalah senjata mukmin, saya perlukan kekuatan doa daripada anda semua. Tunggulah masa yang sesuai untuk diumumkan. Sekarang semuanya masih belum pasti.

Tiada jawapan pun lagi dan tak ada apa yang boleh diberitahu. Yang pasti ALLAH SWT maha tahu apa yang manusia tak tahu.

Apa pun, doakan saya jadi pemenang amanah yang amanah.

Haa, ituah komen Yatt mengenai kisah rumahtangganya. Kami harap semuanya akan baik-baik sahaja.

SKIP THIS AD ×