berita

Yuna & B.O.B Sedia Gegar MTV World Stage Malam Ini. Tak Sabarnya!

August 16th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Highsnobette_Yuna_By_Hanna_Newbery8_540x359

Rasanya semua dah tak sabar nak tengok MTV World Stage yang bakal berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon malam ni kan?

Haaa, kami baru je jumpa dua selebriti bertaraf antarabangsa yang bakal membuat persembahan malam ini tau. Nak tahu siapa? Dah tentulah Yuna dan B.O.B.

Kalau korang tak sabar, mereka lagilah tak sabar nak jumpa peminat di Malaysia. Mana taknya, ada lagi lebih kurang 5 jam sahaja sebelum konsert tau.

106637-b.o.b-interview-617_409

Hmm, buat peminat Yuna, malam ni kalau tak tengok persembahan Yuna memang rugi. Sebabnya, malam ni persembahan Yuna bakal diiringi oleh band yang pertama sekali menaikkan namanya. Bolehlah imbau kenangan Yuna dengan band di Malaysia kan?

Iyalah, Yuna kini kan selebriti bertaraf Antarabangsa, bila dia nak bawa band Malaysia untuk perform di MTV kali ini, kami memang berbangga sangat!

B.O.B pula kata, persembahannya malam ini akan lebih simple dan dia nak peminatnya enjoy dengan persembahan kali ini. Haa, yang hafal lagu B.O.B duduk depan sekali tau. Walaupun masih jetlag, B.O.B tetap takkan menghampakan peminat. Wah!! tak sabarnya.

Kami dengar B.O.B nak tarik peminat menari bersamanya. Korang pastikan pandai menari tau. Hahaha. Kalau korang nak tahu, sekarang pun dah ramai yang membanjiri Surf Beach, Sunway Lagoon ni tau.

Apapun, kita jumpa malam nanti ya. Jom enjoy sama-sama. Yeay! Kalau nak tau update lagi, jangan lupa follow Twitter dan Facebook OHBULAN! ya.

SKIP THIS AD ×