berita

Yuna Penyanyi Malaysia Pertama Dipilih Buat Persembahan Di Spotify Session Asia

April 30th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Photo by Aloysius Lim

Laman web pelayaran muzik percuma, Spotify, kini telah meluaskan empayarnya menerusi segmen terbaru yang dikenali sebagai Spotify Session versi Asia.

Jika difikirkan, penyanyi mana yang lebih layak untuk membuat kemunculan pertama di Spotify Session Asia kalau bukan Yuna, betul tak?

Dan beruntunglah para peminat gadis tinggi lampai ini kerana Spotify juga melihat bakat Yuna layak diketengahkan untuk diperkenalkan kepada lebih ramai penggemar muzik dari seluruh negara di rantau Asia.

Spotify-Yuna_image 4

Menerusi segmen itu, Yuna mempersembahkan empat buah lagu berjudul Mountains, Rescue, Falling, dan I Want You Back daripada album terbarunya, Nocturnal.

Menurut Yuna, dia sering mencari pelbagai cara untuk sentiasa berhubung dengan para peminat di bumi kelahirannya memandangkan dia kini lebih banyak mengembangkan kerjaya muzik di Los Angeles.

Spotify banyak mengubah cara saya mendengar dan mempelajari muzik. Jadi, peluang untuk merekodkan pengalaman pertama saya dengan Spotify Session Asia sangatlah mengujakan! Harapnya anda semua seronok mendengar sesi itu seperti mana saya.

Untuk pengetahuan anda, Spotify Session merupakan rakaman persembahan menarik secara eksklusif dari penyanyi-penyanyi terkenal. Peminat boleh mendengar segala macam muzik yang telah dirakam secara profesional dengan percuma sahaja!

Bagi yang ingin mendengar nyanyian merdu Yuna menerusi lagu-lagu terbarunya, jom klik butang play di bawah ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×